Aktor kacak Bollywood di temui meninggal dunia di rumahnya di Mumbai, Ahad semalam.
Pegawai polis Mumbai melaporkan pelakon terbabit ditemui mati di tingkat enam, apartmentnya di Bandra, Mumbai.
Menurut pihak polis lagi, pihak mereka telah mengesahkan pelakon berbakat Sushant Singh Rajput meninggal dunia kerana bunuh diri meski tiada nota bunuh diri ditemui di kediaman aktor berkenaan.
Luahan Terakhir Sebelum Meninggal Dunia
“Blurred past evaporating from teardrops
Unending dreams carving an arc of smile
And a fleeting life
Negotiating between the two” – Sushant Singh Rajput
Luahan terakhir Sushant Singh Rajput ini membuatkan peminat tertanya-tanya tentang kesihatan mental pelakon muda ini. Ramai yang mengesyaki aktor tersebut mengalami tekanan dan ada juga yang menyatakan bahawa pelakon tersebut sedang menjalani rawatan kemurungan.
Mungkinkah Ini Mesej Kemurungan Sushant?
Pada bulan April lalu, pelakon ini juga ada berkongsi posting di akaun Instagramnya mengenai untuk lebih percayakan diri sendiri, jadi diri sendiri dan bukannya orang lain.
Mungkinkah sejak dari awal lagi Sushant Singh Rajput telah berkongsi masalah kemurungan yang dialaminya di sosial media, cuma tiada siapa yang sedar.
Pengurus Bunuh Diri Seminggu Awal
Pada minggu lepas (9 Jun 2020), pengurus kepada aktor kacak ini iaitu Disha Salian ditemui meninggal dunia apabila terjatuh dari tingkat 14 di sebuah bangunan di Malad, Mumbai. Pihak polis masih menyiasat kes Disha Salian sama ada ianya adalah bunuh diri atau ada faktor lain.
Menerima khabar buruk tentang pengurusnya itu, pelakon Sushant Singh Rajput memberi ucapan ringkas di Instagram storynya.
“Ianya berita yang mengejutkan. Takziah kepada keluarga dan rakan-rakan Disha. Semoga tenang di sana”.
Seminggu selepas pemergian pengurusnya, aktor ini pula menyusul seolah-olah mengikuti jejak pengurusnya. Ramai peminat Sushant berharap pihak polis dapat mencari jawapan ke atas kematian aktor dan pengurus Bollywood tersebut.
Sushan Singh Rajput sangat terkenal dengan bakat lakonannya, meski dirinya masih muda tetapi bakatnya telah diikhtiraf oleh orang ramai.
Sushant Singh Rajput mula debut dalam industri lakonan dalam filem ‘Kai Po Che’ pada tahun 2013, dan pada tahun 2016 namanya mula dikenali dalam filem popular ‘MS Dhoni: The Untold Story’ dan filem ‘Chhichhore’ 2019 merupakan buah tangan terakhirnya buat peminat.
Takziah buat keluarga Sushant Singh Rajput dan rakan-rakannya.