Cinta & Perhubungan

Mana Lagi Penting Kerjaya Atau Si Dia?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Mana Lagi Penting Kerjaya Atau Si Dia?

“Awak lagi pentingkan kerjaya atau saya?!”

IKLAN

Persoalan antara hubungan dan kerjaya selalu menjadi bualan dan isu perbincangan baik pada lelaki mahupun wanita, kedua-duanya ada baik buruk yang tersendiri tapi rata-rata ramai yang memilih kerjaya daripada percintaan. 

Apa yang membuatkan kerjaya lebih penting daripada perhubungan, untuk menjawab persoalan ini jom lihat jawapannya di bawah.

Guru Kehidupan

Foto – Kings Of Rusia

Kerjaya merupakan guru dalam mengajar dan mengenali diri kamu sendiri, apabila kamu berada di alam pekerjaan kamu secara tidak langsung dapat mengetahui sejauh mana kamu boleh pergi dalam bidang tersebut.

Kerjaya merupakan guru kehidupan yang mengajar kamu bagaimana untuk menjadi seorang insan yang matang dan berdikari.

Bukan nak kata di alam percintaan kamu tidak matang, tetapi kamu akan lebih dikaburi dengan emosi daripada logik akal fikiran.

Sumber Kekuatan Kamu

Foto – Women Of Denver

Apabila perkara yang kamu rancang tidak mengikut perancangan, maka jangan salahkan orang lain sebaliknya jadikan ia sebagai daya tolak dan sumber kekuatan untuk kamu lakukan dengan lebih baik di masa akan datang.

Berpegang pada prinsip melakukan sehabis baik akan memberikan kepuasan dan kekuatan dalam bidang pekerjaan yang dilakukan.

Tidak seperti kamu dan si dia yang saling salah menyalahkan antara satu sama lain, dan akhirnya hubungan putus di tengah jalan tanpa penyelesaian.

IKLAN

Bantu Kamu Membuat Keputusan

Foto – Human Resource

Berada di alam pekerjaan pasti akan tiba waktu kamu harus membuat keputusan, tidak kiralah sama ada ianya urusan kecil atau besar kamu harus membuat keputusan.

Dari pengalaman sepanjang berada di alam pekerjaan, kamu tahu dan bijak dalam membuat keputusan tanpa rasa ragu-ragu mahupun berbelah bahagi. Bukan seperti saat kamu dan si dia saling kerap kali berbelah bahagi dalam memutuskan sesuatu perkara.

Tajamkan Bakat Diri

Foto – WTOP

Bukan mudah untuk kamu berdiri di atas kaki sendiri tetapi dengan mengasah dan menajamkan bakat dalam kerjaya, barulah kamu nampak betapa luas dan besarnya dunia di sekeliling kamu.

Kebolehan diri adalah kunci utama hidup, justeru itu penting untuk kamu sentiasa menambah ilmu dan menajamkan bakat diri.

Kadang kala kamu tidak sedar kerana percintaan kamu abaikan kebolahan diri kamu untuk si dia, di mana ianya tidak berbaloi kerana jika si dia benar-benar pentingkan kamu si dia akan menyokong kamu untuk menambah ilmu dan kayakan diri dengan segala kebolehan yang ada.

Kerjaya Tidak Curang Pada Kamu

Foto – The Turnaround Authority

Dalam perhubungan kamu pasti akan diselubungi dengan rasa tidak selamat dan rasa khuatir dicurangi, tetapi tidak dengan kerjaya kamu. Kerjaya akan tetap ada dan sentiasa di sisi kamu walau dalam apa jua situasi kamu berada.

Acap kali kamu memaafkan perbuatan curang pasangan sampai naik jemu dibuatnya, apa kata kamu fokuskan diri dengan kerjaya yang mana sudah tentu kerjaya tidak akan mencurangai diri kamu!

Kamu Rasai Kebebasan Dan Kuasa

Foto – For The First Timer

Tiada siapa dapat tentukan sama ada si dia itu adalah jodoh kamu atau tidak, meski si dia bukan jodoh kamu sekalipun kamu tidak perlu risau kerana kamu masih ada kerjaya untuk kamu fokus.

Dengan kerjaya yang kamu miliki, kamu rasakan diri kamu berkuasa, lebih berkerjaya serta bebas dari mana-mana hubungan yang menyakitkan hati dan perasaan.

Segalanya Perlukan Duit

Foto – CIO

Tak ada kerjaya, tak ada lah duit untuk kamu guna berbelanja. Sekarang ini semuanya memerlukan duit bagi meneruskan kehidupan, adakah dengan bercintan cintun sahaja sudah cukup untuk kamu meneruskan kehidupan? 

Jawapannya tidak, hanya dengan apabila kerjaya stabil barulah segalanya berasa di paksi yang selesa dan hubungan tidak berantakan gara-gara kekurangan kewangan.

Memang ramai yang beri pandangan lebih baik pentingkan kerjaya dari hubungan percintaan, tapi bagi yang bijak mereka akan memilih kedua-duanya sekali dan cuba menyeimbangkan antara kerjaya dan hubungan.

Apa jua keputusan yang kamu pilih, pastikan kamu berpegang teguh dengan pilihan kamu.

Selamat beramal

Rujukan: 1, 2