Resipi

Resepi Banana Milk Korea, Guna 5 Bahan Je!

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Resepi Banana Milk Korea, Guna 5 Bahan Je!

Teringin nak minum susu pisang Korea? Tapi nak beli, harga pula agak cekik darah.

IKLAN

Malangnya, tidak seperti kimchi dan ramyeon, susu pisang Korea tidak banyak didapati (melainkan jika anda tinggal  dekat pasaraya Korea!).

Di TikTok, ada dikongsikan resepi susu pisang sebiji Korea yang mudah dan sedap rasanya. Anda hanya perlu sediakan lima bahan untuk membuat susu pisang Korea.

  • 1 biji pisang
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar sirap maple
  • Beberapa titis ekstrak vanila
@ygetreasure##########♬ Black Swan – BTS

Cara-Cara:

1. Potong pisang dan masukkan kepingan dalam pengisar.

2. Masukkan 1/2 cawan air, 1/2 cawan susu segar, 2 sudu besar sirap maple dan ekstrak vanila. Kisar sehingga semuanya sebati dan mencapai konsistensi cecair.

3. Masukkan beberapa ketulan ais ke dalam gelas dan tuangkan minuman.

4. Selesai dan boleh minum.

IKLAN

Mudahkan? Selamat Mencuba!