Kecantikan

Rahsia Cantik Wanita Perancis Tiba Di Malaysia

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Rahsia Cantik Wanita Perancis Tiba Di Malaysia

Wanita Perancis terkenal dengan kecantikan semula jadi. Mereka selesa tampil ringkas tanpa mengenakan solekan berat. Mereka mementingkan soal penjagaan wajah. Mereka embrace kecantikan diri dengan megahnya.

IKLAN

Berita baik sekarang rahsia mereka bakal terbang ke Malaysia!

Foto – FB Embryolisse Malaysia

Jenama penjagaan kulit dari Perancis, Laboratoires Embryolisse membuat debut di Malaysia buat kali pertama pada Mei 2020. Embryolisse menghasilkan pelbagai produk pakar yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit – kulit biasa, sensitif, kering dan kusam.

Guna Formula Unik

Kesemua produk Embryolisse adalah berkonsepkan formulasi yang unik – Physio-Cosmetology, iaitu satu perikatan di antara dunia penjagaan kulit dan kecantikan; terdiri daripada menggunakan bahan-bahan yang betul dengan dos yang tepat lantas mampu memberikan kelembutan kulit wajah dan membetulkan embalan agar mencantikkan kulit tanpa nampak lesu, penat dan menjadikan kulit lebih sensitif.

Rangkaian Produk Embryolisse. Foto – FB Embryolisse Malaysia

Setiap bahan-bahan dipilih cukup rapi dengan sifat-sifat terbukti, sama ada perubatan lampau atau seni tradisi kosmetik, dan digabungkan dengan sistem aktif dermatologi canggih seperti hyaluronik asid dan kolagen.

Formulasi semula jadi Embryolisse juga menyepadukan bahan-bahan alam semula jadi terutamanya daripada bunga dan buah-buahan. Produk Embryolisse mempunyai ramuan dan kandungan dos yang betul dan sesuai digunakan walaupun buat kulit wajah yang sensitif.

Jadi Pilihan Selebriti Dunia

Oleh sebab formulasi Embryolisse memberikan kulit kesan cantik dan kekal remaja, ia terus menjadi kegemaran juru solek profesional dan para selebriti terkenal. Produk ini adalah item yang sangat diperlukan untuk kegunaan belakang tabir seperti acara pertunjukan fesyen, sesi fotografi fesyen, acara TV, persembahan teater dan filem.

Ramai bintang kelas A serta model yang mengikut tip juru solek mereka lantas menjadi pengguna setia jenama ini seperti Sienna Miller, Elizabeth Jagger, Gwyneth Paltrow, Lea Seydoux, Poppy Delevingne, Scarlett Johansson dan ramai lagi.

IKLAN
Poppy Delevingne dan Scarlett Johansson. Foto – Arkib Wanista

Embryolisse akan membawa koleksi ini ke Malaysia:

  • Pembersih wajah dan Pembersih Solekan – Koleksi pembersih wajah dan solekan ini memastikan kulit kekal bersih. Produk penjagaan kulit ini dihasilkan agar sesuai untuk semua jenis kulit, ia lembut membersihkan kulit lantas menjadikan kulit kelihatan segar dan sihat.
  • Pelembap – Produk pelembap pula cukup disarankan buat kulit yang terlalu sensitif serta kering. Dengan menggunakan produk ini, kulit menjadi lebih lembut dan mengembalikan keceriaan kulit juga menjaga lapisan luar kulit.
  • Penjagaan Kulit Berkhasiat – Dapatkan semula sensasi kulit yang terpelihara dengan penggunaan produk yang berkhasiat, serta membantu memulihkan kulit bernutrien yang memberi kelembutan dan keselesaan pada kulit.
  • Rahsia Artis – Satu koleksi primer, illuminator dan skin corrector dilancarkan bersama barisan juru solek untuk mempamerkan kejelitaan semula jadi wanita. Kulit tanpa cela ditambah baik dari hari ke hari.
Foto – FB Embryolisse Malaysia

Produk ini dijual secara eksklusif di Guardian seluruh negara dan juga platform online seperti Zalora Malaysia, Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia.

Untuk info lanjut, sila lawati Facebook atau Instagram.