Sebut saja minuman air yogurt pasti terbayang air yogurt jenama Nestle, Marigold, Dutch Lady dan banyak lagi jenama lain yang terdapat di pasaran tempatan. Tapi tahukah kamu bahawa air minuman yogurt ini tidak bagus di minum selalu kerana boleh menjejaskan kesihatan.
Ya, jangan terkejut air minuman jenis yogurt ini boleh memudaratkan kesihatan jika kamu kerap meminum air yogurt.
Kita sering dimomokan tentang kebaikan yang terkandung di dalam minuman beryogurt tetapi sedar atau tidak ia juga mempunyai keburukan hingga boleh jejaskan kesihatan.
Ini antara beberapa sebab mengapa air minuman yogurt tidak bagus di minum setiap hari atau kerap.
Terlalu Banyak Probiotik Memudaratkan
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) probiotik merupakan mikroorganisma hidup yang boleh memberi kesan baik jika diambil dalam kuantiti yang cukup.
Tapi jika minuman yogurt yang mengandungi probiotik ini di minum setiap hari, apa akan jadi pada diri? Sudah tentulah ia akan menjejaskan kesihatan.
Minuman Yogurt Tidak Sesuai Untuk Pesakit Kanser
Air minuman yogurt yang mengandungi probiotik ini tidak sesuai untuk di minum oleh pesakit kanser, ini adalah kerana ia boleh menyebabkan jangkitan probiotik dalam darah. Telah banyak kes penyakit kanser darah berlaku dikalangan kanak-kanak dan warga tua.
Justeru itu, bagi yang menghidapi penyakit kanser, kamu perlu kurangkan atau hentikan pengambilan air minuman yogurt demi menjaga kesihatan.
Berat Badan Berlebihan
Kajian mendapati kanak-kanak dan remaja berisiko mengalami masalah berat badan berlebihan. Ini adalah kerana pengambilan air minuman yogurt secara kerap boleh menyebabkan obesiti dan berisiko menghidap penyakit kardiovaskular.
Hal ini telah dilaporkan oleh ‘Healthy Lifestyle in Europe by Nutrition in Adolescence’ (HELENA).
Mengandungi Jumlah Gula Yang Banyak
Air minuman yogurt juga dikatakan mungkin mengandungi jumlah gula yang lebih banyak berbanding air berkarbonat yang terdapat di pasaran tempatan.
Itu belum lagi air minuman yogurt ini dicampurkan pula dengan makanan lain seperti buah-buahan, bertambah banyaklah jumlah gula dan kalori dalam minuman kamu.
Pewarna Tiruan Tidak Bagus Untuk Kesihatan
Air minuman yogurt juga mengandungi bahan pewarna tiruan meskipun di dalam minuman tersebut dicampurkan juga dengan buah-buahan asli sebagai penambah rasa. Bayangkan kalau setiap hari minum air yang mengandungi bahan pewarna tiruan apa akan jadi pada usus nanti?
Tak disangkalkan di Malaysia ramai penggemar air minuman yogurt ini, tetapi kamu harus minum secara ala kadar dan hadkan pengambilan. Terlalu banyak minum minuman baik boleh jejaskan kesihatan juga.