Selain niacinamide, sulfur, dan tanah liat, bahan lain yang popular yang menjaga minyak adalah arang. Arang adalah bahan aktif yang mempunyai pelbagai kelebihan termasuk dalam bidang kecantikan. Ia digunakan secara meluas dalam bidang ini berikutan keupayaannya menyingkirkan kotoran pada kulit.
Kamu pernah menggunakan produk dari bahan arang? Apa bagusnya arang bila letak dekat wajah? Ada perubahan ke? Apa faedah menggunakan produk yang berasaskan arang?
Menutup Pori-Pori Besar
Kulit yang mempunyai liang pori besar boleh menyebabkan kotoran, pencemaran dan bahan kimia dari kosmetik di kulit sehingga bintik hitam sangat mudah muncul. Manfaat arang dapat membantu mengurangkan liang pori besar. Cukup gunakan topeng muka semula jadi dari arang yang dipercayai dapat mengangkat semua kotoran di liang pori sambil mengecilkan liang pori.
Mengatasi Kulit Kusam
Pencemaran udara seperti asap rokok, asap kenderaan bermotor, debu jalan raya dan sinaran ultraviolet boleh menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam. Lindungi kesihatan kulit dengan menggunakan topeng arang. Di dalam arang terdapat karbon aktif yang dapat menyingkirkan semua bahan pencemar ini.
Menghilangkan Whitehead
Whitehead adalah sejenis jerawat yang terbentuk apabila bakteria, minyak dan sel kulit mati menyumbat liang. Whitehead dapat menjadi menjadikan kulit kusam dan tidak sihat. Kamu boleh menggunakan arang untuk membantu menghilangkan whitehead.
Seimbangkan Pengeluaran Minyak Di Wajah
Manfaat arang yang lain adalah dapat menyeimbangkan pengeluaran minyak pada wajah, terutama bagi kamu yang mempunyai jenis kulit berminyak. Topeng arang sangat membantu menjadikan wajah tidak kering dan menyeimbangkan pengeluaran minyak selepas digunakan.
Melembutkan Kulit
Penggunakan mekap dan pendedahan kotoran dari pencemaran dan habuk akan menyebabkan kesan negatif pada kulit. Salah satunya, kulit menjadi kasar. Kamu boleh menggunakan arang untuk memperbaiki tekstur kulit, menjadikannya lebih lembut dan fleksibel.
Merawat Jerawat
Manfaat arang untuk wajah dipercayai dapat membantu menyembuhkan jerawat dan menghilangkan bintik-bintik hitam dari bekas jerawat. Ini kerana arang ada sifat snti-radang yang menjadikannya berguna untuk memerangi jerawat.
Mengurangkan Kedutan
Seterusnya penggunaan arang dapat menggunakan kulit berkedut, terutama jika kamu rajin mengurut kulit dengan topeng muka semula jadi dari arang. Urut wajah secara membulat untuk melepaskan ketegangan antara garis penuaan. Kaedah ini dapat meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tanda-tanda kedutan.
Sekarang ada banyak produk dari arang, jadi sebelum membeli, pilih yang betul-betul sesuai untuk jenis kulit kamu.
Selamat Beramal!