Masih ingat dengan pelakon dari drama ‘Crash Landing On You’ yang setiap hari trending di Netflix? Drama yang dibintangi oleh Son Ye Jin dan Hyun Bin. Ya, mereka adalah pasangan yang paling popular buat masa ini.
Secara rasminya Son Ye Jin dinobatkan sebagai ‘Wanita Tercantik di Dunia’ untuk tahun 2020! Aktres 38 tahun ini mendapat hampir 14 juta undian dari netizen serata dunia melalui satu poll yang dikendalikan oleh Starmometer.
Menurut laman web, pencalonan terbuka untuk wanita berusia 20 hingga 40 tahun dari mana-mana warganegara. Selain kecantikan, kriteria mereka termasuk daya tarikan dan indeks populariti selebriti.
Selepas sebulan, Son Ye Jin mengungguli 29 calon, dengan memperoleh 4,354,037 undi di media sosial dan di laman web.
Blackpink Lisa menduduki tempat kedua (3,852,340 undian), diikuti oleh Twice Tzuyu (1,232,298) dan aktres Thailand Urassaya “Yaya” Sperbund (879,075).
Wow hebat betul penangan Yoon Se-ri. Ramai betul berkenan dengannya ya..