Cinta & Perhubungan

Contoh Ayat Mengurat Yang Boleh Diterima Pakai, Confirm Tak Kekok!

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Contoh Ayat Mengurat Yang Boleh Diterima Pakai, Confirm Tak Kekok!

“Alahai segak betul crush aku tu, nak tanya bercakap dengan dia.. serius aku malu gila.”

Wanista pasti setiap daripada kita pernah berdepan dengan situasi di atas. Kamu berminat dengan seseorang, tapi lidah terkelu bila bendepan atau bertembung dengannya. Terus jadi kaku seribu bahasa dan setiap langkah serba tak kena.

Aduiii… sekarang dah zaman milenial, sampai bila nak malu kot? Cubalah mengurat, mana tahu dia layan ke..

IKLAN

Berikut merupakan beberapa contoh ayat mengurat yang boleh kamu guna pakai. All The Best!

Foto – Everyday Power

1. Bila ingin perkenalkan diri, cuba bergurau dengan cara ini, “Hi! My name is Sarah but you can call me tonight.” Pasti dia akan berminat untuk berbual dengan lebih panjang lagi sebab kamu berani mati.

2. Agak cliche cara ini, tapi kadang-kadang berjaya! “Excuse me miss. Saya misplaced HP lah, boleh tolong miss call tak?”

3. Di parti hari jadi teman, kamu terpaut pada si dia tapi tak tahu bagaimana cara untuk mendekatinya? “Erm… Muka awak ni familiar, tapi saya tak ingat di mana. Bla bla bla…” (teruskan berbual)

4. Jika kamu ingin bergegas ke tempat lain dan tiada masa untuk berbual panjang, bertukar kad dengan si dia. Katakan yang kamu ada sesuatu ingin dibincangkan tetapi masa tidak mengizinkan.

5. Bila kamu terperangkap dalam lif, cuba bercakap dengan dia.. “Lif ni selalu buat masalah kan.. kamu berborak dan tanpa sedar boleh bertukar contact.”

Amacam ayat Wanista beri, boleh jalan tak? Kalau kamu ada idea lain, kongsilah dengan kami.

Selamat Beramal.

IKLAN