Aktres jelita kesukaan ramai Song Ji Hyo, baru-baru ini berkongsi cerita bagaimana dirinya hampir membuat keputusan untuk berhenti dari program rancangan kegemaran ramai ‘Running Man’.
Aktres berbakat besar ini, meluahkan isi hatinya tentang program realiti yang menaikkan namanya secara jujur semasa di wawancara oleh Soompi.
10 Tahun Bersama Running Man
Menurut Ji Hyo, hampir 10 tahun dirinya bersama SBS untuk program Running Man, Ji Hyo mula menyertai rancangan tersebut semasa usianya 30 tahun dan kini dirinya telah menginjak usia 40 tahun.
“Running Man merupakan bahagian yang paling besar dalam kehidupan saya sepanjang 30an, ianya rasa berbeza dan pelik kerana selain ahli keluarga, program ini telah menjadi sebahagian besar dari hidup saya”
“Tetapi saya sangat bersyukur pada rancangan tersebut kerana diberi peluang memegang watak yang besar” ujarnya.
Membesar Dan Matang Bersama Running Man
Ji Hyo juga menyatakan bahawa bukan mudah untuk menjadi rapat bersama anggota Running Man sepanjang 10 tahun, ianya sukar untuk di ungkap dengan kata-kata.
Menurut Ji Hyo sepanjang berada bersama Running Man dalam lingkungan 30an, ianya banyak mematangkan dan membesarkan dirinya.
Pernah Niat Untuk Berhenti
Aktres ayu ini juga berkongsi bahawa ada ketika dirinya berniat untuk berhenti dari program rancangan realiti kegemaran ramai ini kerana kesukaran dari aspek fizikal dan keletihan yang melampau sepanjang penggambaran.
“Ada masa-masa saya berfikir untuk berhenti kerana mengalami masalah dari segi fizikal dan keletihan yang melampau dan saya berfikir sama ada patutkah saya berhenti.
Tapi bagi saya Running Man merupakan janji yang saya buat dan keinginan untuk berpegang pada janji tersebut lebih kuat berbanding kepenatan yang saya alami” ujarnya.
Selain itu, Ji Hyo juga berkata dirinya semakin sukar untuk melakukan banyak perkara apabila telah meningkat usia apatah lagi dirinya kini semakin kehilangan stamina.
Tambahan lagi, Ji Hyo juga menyatakan meski dirinya telah menginjak usia, ada banyak perkara yang dirinya ingin mencuba di mana dahulu dirinya fikir tidak mampu untuk melakukannya tapi kini dirinya boleh lakukan.
Tidak Berkahwin Selagi Tak Berjumpa Dengan Mr.Right!
Ji Hyo juga berkongsi bahawa dirinya tidak akan berkahwin selagi tidak berjumpa dengan Mr.right dalam hidupnya.
Aktres jelita ini tidak merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, Ji Hyo ingin menikmati kehidupannya yang sekarang ini.
Dan selagi dirinya tidak bertemu dengan orang yang tepat yang boleh membuatkan dirinya berubah gaya hidup serta rutin hariannya, dirinya tidak merancang untuk berkahwin.
Bukan mudah menjadi seorang aktres yang aktif dalam dunia lakonan dan dalam masa yang sama menyertai program rancangan realiti.
Jadual kerja yang padat tidak melunturkan api semangat pelakon berbakat ini dalam menghabiskan semua tugasan yang diberikan.
https://www.youtube.com/watch?v=YD3XW-VkG8I
Serius tabik Song Ji Hyo, bagi yang ingin menyokong aktres berbakat ini kamu boleh menonton buah tangan filem terbaru Ji Hyo iaitu “Intruder”, dimaklumkan filem tersebut antara filem pertama yang ditayangkan semenjak penularan Covid-19 ni.
Rujukan: 1,