Jika kamu berpeluang menghadiri majlis tarian atau majlis kenamaan di United Kingdom, jangan terkejut melihat ada di kalangan wanita kelas bangsawan di sekitar Eropah masih kekal berambut panjang macam watak kartun Disney Rapunzel!
Meski era telah berubah tetapi masih ramai wanita Victoria yang masih mengekalkan imej berambut panjang macam Rapunzel.
Nak tahu apa yang menyebabkan wanita Victoria ini sanggup menjaga rambut panjang sehingga mencecah lantai ini, jom lihat di bawah.
#1 Rambut panjang bagi wanita di barat melambangkan status sosial dan kedudukan, lagi panjang rambut lagi tinggi status mereka.
#2 Wanita Victoria gemar menggayakan fesyen rambut yang rumit dan kompleks.
#3 Hidup terlalu mewah, wanita kelas bangsawan tidak perlu risau tentang penjagaan rambut kerana di bantu oleh orang gaji yang ramai.
#4 Kekal berambut panjang macam Rapunzel adalah hak eksklusif wanita dari kelas bangsawan dan kelas pertengahan sahaja.
#5 Wanita Vitoria sangat menyukai rambut panjang.
#6 Antara salah satu sebab wanita Victoria berambut panjang adalah, kerana terpukau dengan iklan produk untuk rambut panjang semasa era dahulu lagi.
#7 Berambut panjang merupakan trend bagi wanita dari kelas atasan.
#8 Wanita Victoria percaya berambut panjang seperti Rapunzel menonjolkan daya tarikan dan kewanitaan diri mereka.
#9 Bagi wanita kelas bawahan, berambut panjang adalah sumber pendapatan, mereka akan memotong rambut dan kemudian menjualnya untuk mendapatkan duit.
#10 Wanita Victoria bangga dengan rambut panjang mereka, ianya merupakan aset yang paling bernilai buat diri mereka.
Memang bukan biasa-biasa wanita Victoria ni, jadi memang tak hairanlah jika sehingga kini pun masih ada di kalangan wanita bangsawan mereka mengekalkan tradisi berambut panjang macam Rapunzel ni.
Kalau kamu pula bagaimana, sanggup tak nak jaga rambut sampai panjang macam ni?
Rujukan: 1,