Sekarang memang semua orang kena pakai face mask. Yang bersimptom atau tidak, pakailah bagi mencegah penularan wabak.
Tapi yang tak best pakai face mask, bila lama-lama membuatkan muka berminyak sehinggalah timbulnya bintik atau jerawat nakal. Penulis tak tahu anda, tapi itu yang terjadi pada penulis. And i hate it so much!
Jerawat biasanya muncul di kawasan permukaan face mask – dagu, hidung dan pipi (port berminyak). Dengan semua orang memakai face mask sebagai langkah keselamatan terhadap Covid-19, masalah kulit ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Oleh itu, Wanista dapatkan pertolongan dari doktor pakar kulit.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Perubatan Belo Medical Group, Dr Victoria Belo, ini yang perlu anda lakukan.
Pertama, mari kita fahami mengapa face mask boleh menyebabkan jerawat. Memakai face mask dengan betul bermakna ia harus sesuai dengan wajah anda, dan ini memberi tekanan pada kulit anda.
Ini kerana, bakteria dan mikroorganisma lain boleh berkumpul dan membiak di sebalik mask yang dipakai itu. Apatah lagi dengan kewujudan kelembapan daripada nafas atau peluh, jerawat akan menjadi lebih mudah terbentuk.
Jadi apa yang putat kita lakukan?
“Salah satu perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan mencuci muka. Sebaiknya anda cuci muka tiga kali sehari – pagi, tengahari dan malam. Tetapi hati-hati kerana jika anda mengalami dehidrasi dengan mencuci terlalu banyak, anda juga boleh merengsakan kulit.
“Dia menambah bahawa alternatifnya adalah dengan menggunakan toner selepas mencuci, terutama di kawasan dagu, yang sangat sensitif terhadap hormon dan tekanan fizikal.
Tapi yang paling penting jangan menyentuh muka!
Penyumbang mengejut kepada ‘maskne’ (mask + acne)? Kebersihan mulut yang teruk!
Dr. Belo berkata, “Mulut adalah bahagian tubuh yang paling kotor. Dan ketika anda bercakap dengan mask, semua bakteria akan terkumpul dan masuk kembali. Jadi sila jaga kebersihan oral. Ingat semakin banyak anda mendapat jerawat di sekitar kawasan itu, maka sukar untuk dirawat.”
Selamat Beramal!