Info Menarik

9 Gambar Jambatan Kaca Ini Buat Jantung Berdegup Kencang!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
9 Gambar Jambatan Kaca Ini Buat Jantung Berdegup Kencang!

Kamu gemar melakukan aktiviti yang mencabar dan ekstrem mungkin berkunjung ke jambatan kaca terkenal di China iaitu ‘Coiling Dragon Cliff’ Skywalk’ di wilayah Hunan ini mungkin kena dengan selera berani mati kamu.

IKLAN

Jambatan kaca ini terletak di Gunung Tianmen, Taman Hutan Negara Zhangjiajie ini mempunyai panjang laluan pejalan kaki sepanjang 100 meter dengan lebar luas sebanyak 1.6 meter.

Laluan yang bengkang bengkok dengan laluan curam pada ketinggian 1,403 meter ini membuatkan jambatan kaca ini di beri nama sebagai ‘Coiling Dragon Cliff Skywalk’ seolah-olah seekor naga berjalan di cerunam gunung tinggi.

Melihat foto-foto yang dikongsikan oleh pengunjung jambatan kaca di laman sosial media ini, boleh membuatkan jantung berdegup kencang bagi yang takut atau gayat pada ketinggian. Bagi yang memang tidak boleh berada di tempat tinggi, jambatan kaca ini bukanlah lokasi terbaik untuk kamu kunjungi.

Tapi berlainan pula bagi yang gemar dengan sukan lasak atau melakukan aktiviti ekstrem, dengan berjalan di atas jambatan kaca yang tinggi ini pasti membuatkan darah meluap-luap di kepala dek kerana terlalu teruja!

Foto – Arkib Wanista (Menaiki tangga yang panjang di Gunung Tiamen ini merupakan destinasi pertama yang harus ditempuhi sebelum sampai ke jambatan kaca ‘Coiling Dragon Cliff Skywalk’)
Foto – Homecrux (Serius macam manalah jambatan kaca ini di bina agaknya)
Foto – Twitter (Pandangan atas jambatan kaca ‘Coiling Dragon Cliff Skywalk’)
Foto -Twitter (Melihat jambatan kaca yang betul-betul di bina di lereng gunung yang tinggi seperti memang buat jiwa rasa gerun)
Foto – Twitter (Pengunjung yang berjalan atas jambatan kaca ini, semuanya memiliki keberanian luar biasa!)
Foto – Twitter (Jambatan kaca ini bukan saja panjang, malah ia juga di bina pada ketinggian 1403 meter, hebat bukan?)
Foto – Arkib Wanista (Melihat jambatan dilitupi kaca ini boleh buatkan diri rasa nak terkeluar jantung!)
Foto – Arkib Wanista (Bagi sesiapa yang berani mengunjungi jambatan kaca ini, mereka akan menikmati pandangan alam semula jadi yang tak terhingga nilainya)
Foto – Arkib Wanista (Serius cantik pemandangan dari jambatan kaca ni)

Lepas pandemik ni dah tak ada, ada sesiapa yang berani melawat jambatan kaca di China ni tak? Kalau ada yang pasang niat nak jejak ke sana, kamu memang luar biasa!

Rujukan: 1,