Resipi

Cikgu Kongsi Resepi Maggi Kari ‘Rare’, Sampai Beribu Orang Share

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Cikgu Kongsi Resepi Maggi Kari ‘Rare’, Sampai Beribu Orang Share

“Hari ni terasa macam nak makan mi segera la”

IKLAN

Tapi bosan kalau ikut resepi sebijik dengan plastik, ada ke resepi lain? Nah, Wanista kongsikan satu resepi Maggi Kari yang paling rare yang serius bikin ramai kecur air liur. Rare sebab resepi ini dibuat oleh seorang cikgu dan dikongsi oleh ribuan di media sosial. Hebat tau? Masak maggi je…

Nak buat Maggi Kari Rare, kamu kena sediakan bahan tumis seperti:

1. Panaskan sedikit minyak.

2. Tumis 3 ulas bawang putih. Diikuti bahan di bawah:

  • 1/4 bawang Holland
  • 3 helai daun limau purut
  • sebatang serai dipotong tiga
  • sehiris lengkuas
  • sehiris halia
  • dua batang cili

3. Selepas naik bau, masukkan kepingan isi ayam yang dihiris.

4. Kemudian tambahkan 1 sudu besar pes tomyum. Pes ini sedap kerana ada rasa asli authentic Thai tersendiri.

5. Kemudian tambahkan 1 1/2 cawan air. Tambahkan perencah maggi.

6. Untuk memekatkan kuah, tuang satu sudu besar sos cili dan 1/2 sudu besar sos tiram.

IKLAN

7. Tambahkan secubit gula dan garam jika perlu.

8. Tambahkan sayur yang disukai. Masak sayur dan biarkan sayur melembut.

9. Kemudian barulah masukkan 3 biji cendawan shitake dan sedikit hirisan tomato.

10. Masukkan seekor sotong yang dipotong dan dicuci dakwatnya.

11. Selepas itu masukkan udang dan sedia dimasukkan maggi.

12. Tutup api sebelum maggi mengembang. Perah asam limau kalau nak lagi kick.

13. Sedia untuk dihidangkan.

Senangkan? Selamat Mencuba!