Fesyen

Cool! Model Halima Aden Cipta Face Mask Untuk Frontliner Hijabi

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Cool! Model Halima Aden Cipta Face Mask Untuk Frontliner Hijabi

Sejak awal krisis Covid-19, kekurangan topeng muka dan peralatan PPE telah menimbulkan masalah serata dunia.

IKLAN

Berkat dermawan dari organisasi swasta dan pereka yang berusaha untuk menghasilkan bekalan tambahan, keadaan kini bertambah baik.

Tapi masalahnya kebanyakan dicipta untuk penggunaan jangka pendek dan bukannya dipakai 24 jam, dan topeng muka jenis tradisional ini sangat tidak selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang. Ramai pekerja hospital telah berkongsi gambar keadaan wajah mereka yang berbekas malah timbul luka-luka kecil akibat memakai topeng muka.

Bagi doktor dan jururawat yang berhijab, keadaan menjadi lebih rumit dengan masalah topeng muka yang tidak merangkumi tudung dan penutup muka.

Untuk itu, model Halima Aden tampil mereka set hijab bersama topeng muka yang mesra hijabi untuk barisan hadapan. Kata Aden;

IKLAN

“Saya mahukan sesuatu yang dapat memberi kegembiraan kepada pesakit dan pekerja kesihatan. Ketika merancang untuk melahirkan set ini, saya memilih warna yang kaitkan dengan kedamaian dan bukannya warna putih standard, warna yang membuatkan saya berasa senang setiap kali melihatnya.

“Set ini dapat membuatkan mereka melakukan kerja dengan mudah di samping merasa selesa. Saya tahu ramai wanita berhijab yang bekerja dalam sektor kesihatan, dan keselesaan mereka sangatlah penting agar kerja dapat dilakukan dengan sebaiknya.”

Foto – IG

Memang cool rekaan set hijab dan topeng muka ini. Diharap dapat dijadikan inspirasi untuk pereka tempatan kita menghasilkan rekaan mesra hijab.

RUJUKAN : 12