Kamu rasa dah pakar dan mahir dalam bak bertatarias dan mekap? Mungkin kamu perlu semak semula cara kamu bermekap terutama ketika memakai lipstick. Sebenarnya masih ramai yang tak tahu bagaimana nak memakai lipstick berwarna merah dengan betul.
Ini antara beberapa sebab mengapa ramai wanita yang pakai liptick warna merah tidak begitu menyerlah kerana kesilapan seperti di bawah.
Salah Pilih Warna Gincu
Untuk pengetahuan semua, untuk memilih gincu warna merah yang terbaik adalah dengan memilih warna yang sama seperti warna bibir. Bagi yang memiliki warna bibir yang cerah bersama sedikit warna merah jambu, pilih warna gincu raspberry red.
Manakala bagi yang memiliki warna bibir sawa matang atau kekuningan, maka gincu berwarna red-orange shade sesuai untuk kamu.
Tidak Kreatif
Nak cantik kenalah kreatif sedikit terutama dalam hal-hal mekap dan bertatarias, sama juga seperti gincu kalau boleh janganlah setiap hari memakai warna gincu yang sama sahaja. Sekali sekala tukar-tukar warna gincu dengan mencampur warna-warna gincu yang lain untuk mendapatkan satu warna yang baru.
Tak Perlulah Pakai Lip Gloss
Dah elok-elok pakai gincu warna merah seksi, tak perlulah kamu nak tambah lip gloss semata-mata nak nampak bersinar dan glossy kerana ia akan menyebabkan warna gincu di bibir tidak dapat bertahan lama.
Malas Skrub Bibir
Kalau dah tahu bibir tu memang jenis cepat kering dan merekah, rajin-rajinlah buat skrub bibir untuk tanggalkan sel kulit bibir yang kering tu. Apabila bibir tidak merekah dan kering barulah senang kamu memakai gincu dengan rata.
Tak Lukis Garisan Bibir
Ramai yang tak sedar, jika mahu bibir kelihatan seksi dan plump bukan sekadar bergantung pada gindu merah sahaja, tetapi dengan melukis garisan pada luar bibir barulah bibir nampak menyerlah. Lepas ni rajin-rajinlah guna pensil bibir dengan warna gincu yang sama untuk melukis bibir.
Tidak Menggunakan Berus Bibir
Kalau kita lihat kebanyakkan mekap artis menggunakan berus bibir untuk mengenakan gincu pada bibir pelanggan mereka. Cara ini sebenarnya sangat bagus kerana dengan penggunaan berus pada bibir, kamu pasti akan mendapat hasil pemakaian gincu yang memuaskan.
Malas Buang Warna Berlebihan
Sedar tak semasa kamu memakai gincu, bibir kamu sebenarnya dipenuhi dengan warna gincu yang berlebihan. Oleh itu, penting selepas kamu siap memakai gincu kamu perlu buang warna gincu yang berlebihan dengan menggunakan tisu kalau tidak warna gincu akan melekat pada cawan ketika minum.
Caranya tekapkan tisu pada bibir dan kemam tisu atas bibir dan warna gincu yang berlebihan akan menyerap pada tisu.
Overshadow Warna Gincu Dengan Pembayang Mata
Jika mahu tampak bergaya dan berkarisma, kurangkan warna pembayang mata kamu dan lebihkan warna merah menyerlah pada bibir. Ingat apa yang kamu ingin highlight di sini adalah bibir mugil kamu dan bukannya mata.
Warna Kuku Dan Bibir Berlainan
Untuk kelihatan menyerlah dan seksi warna kuku dan bibir kamu haruslah serasi atau sama warna, dengan menggunakan warna merah yang sama ia secara tidak langsung menyerlahkan penampilan diri kamu. Tak percaya, cubalah!
Penampilan Tidak Kena Dengan Warna Gincu
Dah pakai warna gincu merah yang cantik, kenalah pilih pakaian yang setaraf dengan pemakaian mekap. Penampilan harus serasi dengan gaya mekap dan warna gincu bibir yang dikenakan kalau tidak, secantik manapun kamu ia tetap tidak menyerlah.
Jadi pilih penampilan yang sesuai dengan gaya mekap dan warna gincu yang kamu gayakan.
Selamat beramal♥
Rujukan: 1,