Pokok ular (Snake Plant) atau nama saintifiknya Sansaveria Plant ini sering di lihat menjadi pilihan para wanita untuk diletakkan di dalam mahupun luar rumah sebagai pokok hiasan. Namun siapa sangka pokok berdaun hijau tua ini sebenarnya memberi banyak manfaat yang kita semua tidak sedar.
Siapa yang miliki pokok ular ini di rumah memang beruntung, ini antara kebaikan pokok ular yang ramai tak tahu.
Pembersih Udara Semula Jadi
Pokok ular ini merupakan pembersih udara (air-purifier) semula jadi yang terbaik di rumah, ia merupakan pokok pilihan kesukaan tukang kebun kerana manfaat kesihatan yang diberikan kepada manusia.
Pokok ular ini bukan saja mengeluarkan oksigen 24 jam seminggu, malah ia juga menyerap karbon monosida dan menapis toksin seperti benzene, xylene, trichloroethylene dan formaldehyde yang terdapat di udara.
Anti Kemarau
Pokok ular ini tergolong dalam keluarga tumbuhan succulent, di mana ia boleh hidup tanpa air apabila berhadapan dengan cuaca buruk seperti kemarau dan musim panas yang panjang.
Manakala pada musim sejuk pula, pokok ular ini tumbuh sihat dan segar pemilik pokok cuma perlu menyiram air sebulan sekali sahaja pada musim sejuk.
Tangani Pencemaran Dalam & Luar
Kajian mendapati pencemaran yang terdapat di dalam rumah sama bahayanya seperti pencemaran di luar rumah. Justeru itu, pokok ular ini merupakan penapis pencemaran terbaik untuk digunakan di dalam mahupun di luar rumah.
Kaya Dengan Oksigen
Menurut laporan teorikal yang disiarkan oleh Harvard University, menunjukkan pokok ular ini merupakan salah satu pokok yang kaya dengan pengeluaran oksigen dan memberi manfaat kesihatan yang baik untuk manusia.
Pokok ini juga mengeluarkan kelembapan di udara serta mengurangkan risiko penyebaran alahan di udara secara berkesan.
Anti Kanser
Seperti yang sedia maklum, pokok ular ini berfungsi sebagai penapis toksin yang terdapat di udara dan ini termasuklah juga toksin-toksin yang menyebabkan berlakunya kanser seperti benzene, formaldehyde, xylene dan toluene.
Disahkan Oleh NASA
Seperti sedia maklum NASA telah menjalankan kajian terhadap tumbuhan dalaman rumah semenjak tahun 1989 dan pihak NASA mengesahkan bahawa pokok yang memiliki daun yang banyak bertindak balas secara baik sebagai penapis udara dan pokok ular ini merupakan salah satu daripada jenis ini.
Rendah Kos Penjagaan
Pokok ular merupakan salah satu pokok yang mudah untuk di jaga dan rendah kos penjagaan. Malah baja pun tak banyak digunakan cukup sekadar sebulan sekali untuk menabur baja pada pokok ular ini. Bagi yang jenis malas tapi suka pokok, ini adalah tumbuhan yang sesuai untuk kamu letak dalam atau luar rumah.