Kecantikan

Kalau Kulit Kering, Beli Skincare Yang Ada 7 Bahan Ini

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Kalau Kulit Kering, Beli Skincare Yang Ada 7 Bahan Ini

Kulit kering jika tidak dirawat boleh menyebabkan rupa paras kelihatan tua.

IKLAN

Kekurangan sebum boleh menyebabkan kulit kering, bukan saja pada wajah tapi juga seluruh tubuh.

Dan bila kamu nak beli produk penjagaan wajah, sila perhatikan produk yang mempunyai 7 bahan ini. Dipercayai, ketujuh bahan ini mampu merawat masalah kulit disamping menghidrat secara perlahan jika kamu masukkan ke dalam rutin harian.

Asid Hialuronik – Boleh menyimpan 1000x ganda beratnya di dalam air. Selain menghidratkan kulit kering, ia juga bagus untuk mengelakkan garis halus dan kedutan.

Foto – Caring

Aloe Vera – Bahan ini mempunyai antioksidan, vitamin A, enzim, dan bersifat anti-radang. Kulit terasa sejuk apabila disapukan si seluruh wajah. Formulanya berbaloi dipakai pada kulit kering, eczema dan melecur kecil.

Foto – Shopee

Ceramide – Bagus dalam mencantum sel-sel kulit untuk mengunci lembapan dan menyingkir kotoran. Secara tak langsung, kulitmu akan kekal gebu, terhidrat dan lembut dengan bahan menakjubkan.

Foto – Allure

Glycerin – Mampu ‘menarik’ lembapan pada kulit untuk mengekalkan penghidaratan. Formula bahannya ringan dan amat sesuai buat kamu yang tidak suka rasa melekit dan heavy feeling dalam sesetengah produk.

Foto – Glowsly

Petroleum – Bersifat kalis air yang menutup lembapan dan menghalang foreign particles pada kulit. Kamu yang ada bibir dan tumit merekah, calar dan lecur kecil boleh cuba.

IKLAN
Foto – Amazon

Asid Laktik – Sangat membantu kulit kering terutamanya jenis Alpha Hydroxy Acid (AHA) untuk mengurangkan kedutan dan garis halus. Asid laktik dapat meningkatkan faktor semula jadi kelembapan pada kulitmu.

Foto – Cosrx

Lanolin – Lanolin ialah emolien di mana ia kekal dalam penghidratan dan melembapkan kulitmu. Kamu yang sedang merana dry patches dan tumit merekah, ini penyelesaian terbaik untuk kamu.

Foto – herworld

Setiap kali nak beli skincare, sila study bahan tersebut terlebih dahulu sebelum kamu menyesal kelak akibat berhabisan.