Semalam penulis sempat menonton video raya si cantik Bunga Citra Lestari di laman Youtube.
Kelainan raya pada kali ini apabila suami tercinta, Ashraf Sinclair tiada di sisi. Tiada perbualan tentang juadah raya, tiada tawa mesra bersama sanak saudara dan sahabat handai, yang ada hanyalah kenangan yang tidak pernah luput di ingatan.
Video berjudul BCL ‘Dear Love…’ buat masa ini sudah mendapat tontonan lebih 2 juta dan lebih 300K tanda suka.
Menurut Bunga, Aidilfitri yang disambut kali ini cukup berbeza buat dirinya apatah lagi tanpa Ashraf di sisi dan tidak pernah satu hari pun dirinya tidak merindui suaminya itu.
“Buat cintaku, meskipun ragamu sudah tiada di sini, tapi jiwamu akan selalu berada dengan jiwa kami. Dan mendoakanmu, adalah caraku untuk mencintaimu. Maaf lahir batin, ya sayang. Buat cintaku, saya merinduimu setiap hari. Kami tahu, kamu mahu kami jadi gembira,” katanya.
Bunga turut berkongsi betapa dia bersyukur dikelilingi keluarga tersayang bagi meraikan Aidilfitri kali ini meskipun tanpa Ashraf.
Ternyata setiap kata-kata Bunga mampu menumpahkan air mata sesiapa sahaja yang menonton. Kata Bunga lagi, dia akan meneruskan tradisi ini seperti biasa untuk memudahkan anak lelaki mereka, Noah Sinclair yang berusia 9 tahun itu.
“Perayaan kali ini seperti biasanya aku mempersiapkan masakan lebaran, seperti saat kamu masih ada. I’m keeping the tradition to make it easier for Noah to slowly adapt to the new normal.
Wanista doakan Bunga terus tabah meneruskan kehidupan dan selalu menyokong karier seni.
Al-Fatihah buat arwah Ashraf, semoga tenang di sana.