Hiburan

10 Filem Hebat Aktor Lagenda Rajinikanth Wajib Tonton Jun Ini

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
10 Filem Hebat Aktor Lagenda Rajinikanth Wajib Tonton Jun Ini

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon tamil lagenda Rajinikanth yang digemari ramai ini, bukan saja bakat lakonannya hebat malah aktor hebat ini juga miliki keperibadian yang sangat merendah diri.

IKLAN

Demi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Rajinikanth yang ke-70 tahun, Astro menayangkan filem-filem hebat lakonan Rajinikath secara percuma untuk bulan Jun ini nanti.

Aktor lagenda ini telah berlakon banyak filem-filem tamil yang hebat dan gempak ini antara filem-filem menarik yang bakal ditayangkan di Astro menerusi (saluran 100).

#1 Kabali [1 Jun, 12 Tengah Hari]

#2 Padaiyappa [1 Jun, 9 Malam]

#3 2.0 [6 Jun, 9 Malam]

#4 Sivaji [7 Jun, 9 Malam]

#5 Lingaa [8 Jun, 9 Malam]

#6 Thalapathi [13 Jun, 6 Petang]

#7 Chandramukhi [13 Jun, 9 Malam]

#8 Annamalai [15 Jun, 3 Petang]

#9 Baashha [20 Jun, 9 Malam]

#10 Darbar [21 Jun, 9 Malam]

Boleh dikatakan filem-filem lakonan aktor veteran ini ditemani dengan aksi bertarung yang hebat dan jalan cerita yang dengan elemen lucu yang pastinya membuatkan kamu semua tidak kering gusi dibuatnya.

Tambahan lagi, dengan sound effect yang gempak pada setiap pergerakan menjadikan filem lakonan Rajinikath ini sangat diminati ramai.

Yang Menarik Tentang Aktor Rajinikath

Foto – Arkib Wanista
  • Rajinikath pernah berkerja sebagai kuli semasa remaja, zaman muda aktor hebat ini kaya dengan pengalaman kerja. Dirinya melakukan pelbagai jenis pekerjaan kerana kedaifan kehidupan sebelum berjaya bergelar aktor lagenda.
  • Sahabat baik Rajinikath iaitu Raj Bahadur, merupakan insan yang beri inspirasi kepada dirinya untuk meneruskan impian sebagai pelakon dan menyuruh Rajinikath memasuki ‘Madras Film Institute’.
  • Pertama kali debut dalam industri hiburan Tamil menerusi filem yang bertajuk ‘Apoorva Raagangal’ pada tahun 1975.
  • Pertama kali memegang watak elemen positif menerusi filem ‘Bhuvana Oru Kelvikuri’ pada tahun 1977.
  • Pertama kali memainkan tiga watak sekaligus dalam satu filem yang bertajuk ‘Moondru Mugam’ dan dinobatkan dengan Anugerah Pelakon Terbaik oleh kerajaan Tamil Nadu.
  • Pertama kali berlakon untuk filem Bollywood dalam filem ‘Andha Kanoon’ bersama aktres Hema Malini dan Amitabh Bachchan pada tahun 1983.
  • Screenplay dalam filem ‘Valli’ merupakan screenplay pertama yang ditulis sendiri oleh Rajinikath.

Banyak filem-filem menarik yang dilakonkan dan ditulis sendiri oleh aktor lagenda ini, bagi yang meminati pelakon hebat ini jangan ketinggalan menonton semua filem Rajinikath di Astro pada bulan Jun ini nanti di Saluran 100.

Rujukan : 1