Berita & Isu Semasa

Watak Mulut Celupar Fizi Dalam Upin & Ipin, Realiti Kehidupan

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Watak Mulut Celupar Fizi Dalam Upin & Ipin, Realiti Kehidupan

Watak Fizi dalam rancangan animasi kegemaran ramai iaitu ‘Upin & Ipin’ sedang hangat diperkata di laman sosial media gara-gara kerana wataknya yang bermulut celupar dalam rancangan popular tanah air. Babak-babak Fizi yang lancang ketika bercakap membuatkan netizen naik hantu.

IKLAN

Tapi apa yang digambarkan oleh watak Fizi dalam siri animasi Upin & Ipin merupakan realiti kehidupan manusia, dan kita sendiri kadang kala tidak sedar bahawa apa yang dilakukan oleh Fizi dalam Upin & Ipin adalah cermin diri kita sendiri.

Ini antara beberapa babak Fizi yang lancang ketika bercakap bersama rakan-rakannya.

Sedar atau tidak perkataan “Tak jantanlah kau”, perbuatan mengejek rakan, terlepas cakap dengan rakan, dan memfitnah rakan yang ditonjolkan dalam watak Fizi ini merupakan rencah realiti kehidupan dalam masyarakat kita tanpa mengira warna kulit, agama dan negara.

Dengan menonton siri sebegini, sedikit sebanyak kita semua sedar bahawa apa yang dilakukan oleh watak Fizi dalam siri animasi Upin & Ipin ini adalah cermin diri kita sendiri.

Bagi yang berperangai macam watak Fizi ni, dah tiba masa untuk kita semua berubah.