Makanan

Suka Makan ‘Pringles’, Ini Rahsia Pembuatan Yang Ramai Tak Tahu

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Suka Makan ‘Pringles’, Ini Rahsia Pembuatan Yang Ramai Tak Tahu

Siapa dekat sini yang suka sangat makan kerepek kentang ‘Pringles’?

IKLAN

Kalau ke supermarket, confirm akan beli buat stok baru. Penulis bukanlah peminat Pringles tapi penulis punya anak saudara lelaki yang memang gilakan Pringles. Setiap kali ke supermarket, mesti akan ke area Pringles… begitulah pengaruh Pringles untuk anak kecil.

Nak tanya, asyik makan je… kamu tahu tak cara pembuatan Pringles sampai buat kita semua ketagih? Mungkin ramai merasakan pembuatannya seperti cara tradisional, di mana ubi kentang dipotong nipis dan digoreng secara ‘double fry’ untuk mendapatkan kerangupan.

Salah ye! Untuk pengetahuan semua, Pringles langsung tidak menggunakan sebarang ubi kentang. Hah terkejutkan?

Rahsia Pringles

Proses pembuatan bermula dengan larutan gandum, beras, tepung jagung, dan serpihan kentang (potato flakes), yang dijadikan doh. Hasilnya, doh disimpan menjadi kepingan nipis dan dituai secara mekanikal mengikut ukuran yang disediakan.

Sebahagian besar kerepek Pringles adalah dari tepung semata, langsung tidak menggunakan ubi kentang. Foto – Arkib Wanista
Tepung jagung, potato flakes dan air diadun sebati untuk menjadi doh. Foto – Dailymail

Kerepek kemudian dibawa ke conveyor belt, di situ satu proses dijalankan sehinggalah menjadi bentuk Pringles yang ikonik. 

Pada fasa seterusnya, setelah membakar dan menggoreng selama beberapa saat, kerepek dikeringkan, disembur dengan perasa, dan dihantar perlahan ke conveyor belt untuk dibungkus.

Semua adunan tepung disatukan dan akan dipotong menjadi bentuk oval. Foto – Dailymail
Bentuk Pringles terbentuk. Foto – Dailymail
Foto – Dailymail

Maka terhasillah kerepek kentang Pringles.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Siapa sangkakan… Pringles langsung tidak menggunakan ubi kentang tapi tepung semata. Wanista harap kamu semua mendapat idea tentang bagaimana Pringles dibuat, ternyata fake chips sahaja.

RUJUKAN : 123