Fesyen

Uniqlo Keluarkan Koleksi Edisi Terhad Billie Eilish, Serius Cool!

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Uniqlo Keluarkan Koleksi Edisi Terhad Billie Eilish, Serius Cool!

Billie Eilish x Uniqlo akan menemui anda semua!

IKLAN

Uniqlo mengumumkan koleksi Billie Eilish by Takashi Murakami UT akan berada di pasaran bermula 25 Mei, secara atas talian.

Kerjasama ikon pop masa kini Billie Eilish dan artis kontemporari Takashi Murakami mempamerkan perspektif artistik melalui grafik yang direka secara eksklusif untuk UT.

Foto – Arkib Wanista

Billie Eilish x Takashi Murakami

Sorotan koleksi UT ini adalah grafik yang menggabungkan simbol Eilish, Blohsh, dan bunga ikonik Murakami. Reka bentuknya juga merangkumi kolaj foto Eilish, lakaran yang diambil dari video muziknya dan logo Billie Eilish asli UT, di samping permainan warna neon yang ceria dan penuh keriangan.

Reka bentuk dari koleksi menggabungkan motif unik dari kedua-dua individu dan disesuaikan dengan logo kolaborasi UT sendiri.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Tarikh pelancaran pada 25 May 2020 (online) dan 29 May 2020 (di semua butik Uniqlo serata Malaysia). Harga bermula RM 39.90 hingga ke RM 79.90, sangat berpatutan untuk dimiliki.

Happy Shopping!