Hiburan

Dita Karang Artis KPOP Pertama Dari Indonesia, Ini 7 Fakta Menarik!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Dita Karang Artis KPOP Pertama Dari Indonesia, Ini 7 Fakta Menarik!

Di Korea dan Indonesia sedang hangat memperkatakan tentang sebuah girlband dari Korea yang dikenali sebagai ‘Secret Number’. Apa yang menarik tentang idol yang baru masuk industri hiburan Korea ni? Idol kumpulan wanita yang dianggotai lima orang ahli ini, salah seorang anggotanya berasal dari Indonesia.

Ya, Dita Karang atau nama sebenarnya Anak Agung Ayu Puspa Aditya Karang menjadi wanita Indonesia pertama yang menjadi idol Kpop kumpulan wanita di Korea. Ekoran latar belakangnya yang bukan orang Korea menjadikan dirinya diburu oleh media dan peminat dari Korea dan Asia untuk mengenali pemilik suara ayu ini.

Jom kenali lebih rapat siapa artis Kpop yang berasal dari tanah sebarang ini.

IKLAN

#1 Anak Kelahiran Jogyakarta

Foto – Arkib Wanista

Dita merupakan anak kelahiran dari Jogyakarta, Indonesia. Dirinya dilahirkan pada 25 Disember 1996, wanita berusia 24 tahun ini membuka mata orang ramai bahawa sesiapa saja boleh menjadi idol Kpop. Dita bukan sahaja berbakat dalam nyanyian, malah dirinya juga merupakan seorang penari yang hebat juga.

#2 Latar belakang Pendidikan Yang Gempak

Foto – Arkib Wanista

Dita pernah belajar di kolej ‘The Musical and Dramatic Academy’ (AMDA) dengan mengikuti jurusan ‘Conservatory of the Performing Arts’ di New York. Dalam masa yang sama Dita juga menjalani menjadi trainee artis Kpop di Born Star Training Center di bandar yang sama tempat Dita belajar.

#3 Seorang Penari Berbakat

Dek kerana bakat dalam tarian yang begitu menyerlah, Dita pernah berkolaborasi bersama studio tarian 1Million di Gangnam, Seoul dan menari dalam klip video bertajuk ‘Gimme On Up’. Bukan biasa-biasa Dita ni, nak jadi artis Kpop bukan setakat paras rupa saja tapi paling penting bakat pun kena ada.

#4 2NE1 Sumber Inspirasi Jadi Idol

Menerusi temubual Dita ketika debut kumpulan ‘Secret Number’, Dita memaklumkan dirinya banyak dipengaruhi dengan 2NE1 sejak zaman sekolah rendah lagi dan dari situ dirinya ingin menjadi artis berdiri di atas pentas nyanyian.

#5 Kaki Kopi

Foto – Arkib Wanista

Wanita manis ini nampaknya memiliki kelemahan juga, dirinya memang tak boleh kalau tak minum air kopi sehari. Bagi peminat yang tak tahu, idol manis ini memang seorang kaki kopi almaklum minuman kegemaran diri, jadi tak sah kalau sehari tak minum air kopi.

IKLAN

#6 Artis Naungan Vine Entertainment

Foto – Kpop Profiles

Dita dan empat ahli kumpulan yang lain merupakan artis naungan syarikat hiburan Vine Entertainment, di bawah syarikat hiburan ini mereka debut sebagai idol wanita kumpulan Kpop yang dikenali sebagai ‘Secret Number’.

#7 Wanita Indonesia Pertama Jadi Artis Kpop

Foto – Arkib Wanista

Dita merupakan wanita berasal dari Indonesia pertama yang berjaya menjadi artis Kpop di Korea. Kejayaan Dita menjadi wanita pertama dari Indonesi yang menjadi artis Kpop memberi sinaran buat peminat Kpop di seluruh negara untuk mengejar cita-cita sebagai artis Kpop meskipun diri bukan orang Korea. Luar biasa bukan!

Kumpulan idol wanita yang diberi nama ‘Secret Number’ dari Korea ini baru sahaja debut pada 19 Mei 2020 baru-baru ini. Lagu debut mereka yang bertajuk ‘Who Dis’ mendapat tontonan lebih 4.4 juta tontonan di saluran YouTube 1theK!

Bagi yang belum tengok klip video kumpulan ‘Secret Number’, korang patut tengok sebab lagu dan tariannya serius gempak.

Rujukan: 1, 2, 3