Baru-baru ini tular di sosial media mengatakan BigBang T.O.P dan aktres Kim Ga Bin bercinta, khabar angin ini bermula dengan sebuah foto yang dimuat naik oleh aktres Kim Ga Bin di mana dalam gambar tersebut T.O.P memeluk bahu aktress tersebut dan mereka kelihatan gembira.
Tapi malang foto tersebut tidak bertahan lama di Instagram Kim Ga Bin, selepas foto tersebut dipadam oleh aktress tersebut netizen mula membuat spekulasi bahawa idol lagenda BigBang T.O.P mungkin sedang hangat bercinta dengan Kim Ga Bin.
Ini semua hanya spekulasi semata-mata tetapi netizen nampaknya bersemangat ingin mengetahui tentang kisah romantik BigBang T.O.P.
Manakala agensi BigBang T.O.P, YG Entertainment dan agensi Kim Ga Bin SM C&C, masing-masing memaklumkan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan tentang spekulasi hubungan antara Big Bang T.O.P dan Kim Ga Bin dan berharap semua orang memahami.
Kalau betul pun T.O.P dan Kim Ga Bin bercinta apa salahnyakan, kalau betul masing-masing suka sama suka. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk BigBang T.O.P dan aktres Kim Ga Bin!
Psst.. Korang perasan tak BigBang T.O.P dan aktres Kim Ga Bin ni miliki minat yang sama iaitu seni♥