Tips

4 Tips Putihkan Telekung Supaya Tak Kekuningan

Malisa Aina
/
suka menulis dan layan Netflix
4 Tips Putihkan Telekung Supaya Tak Kekuningan

Bila telekung bersih, kita dapat beribadah dengan lebih khusyuk dan tenang. Kebersihan melambangkan kesucian.

IKLAN

Tetapi yang mendatangkan masalah bila kita menggunakan telekung putih, lama-kelamaan warna mula kelihatan kotor, berlapuk serta kekuningan nak dibandingkan telekung yang bercorak atau berwarna. Terutama di bahagian muka.

Jadi, bagaimana cara nak afasi masalah agar telekung putih kekal bersih sentiasa?

Keringkan wajah sebelum pakai telekung

Petua ini digunakan untuk semua jenis telekung yang kamu pakai. Gunakan tisu atau tuala untuk memastikan kawasan muka benar-benar kering semasa kamu memakai mukena, sehingga sisa solek tidak akan melekat pada telekung.

Rendam telekung dengan air rebusan lemon

Telekung putih yang sudah kotor dan dukar dibersihkan dengan air dan sabun cuci biasa, boleh direndam dalam air rebusan lemon sebelum kamu mencucinya. Biarkan telekung putih direndam selama kira-kira satu jam, kemudian basuh seperti biasa menggunakan detergen.

Cuci dengan baking soda

Baking soda boleh digunakan nutum membantu mencerahkan telekung putih yang kelihatan kusam. Caranya, campurkan 250 gram baking soda dengan empat liter air. Kemudian rendam telekung selama 5 minit. Jangan mengambil masa lebih dari 5 minit, kerana akan merosakkan fabrik telekung.

Tambahkan cuka ketika cuci

Telekung putih kusam juga boleh dicerahkan kembali dengan bantuan cuka. Caranya, tuangkan 250 mililiter cuka ke dalam air rendaman yang telah dicampurkan dengan bahan pencuci. Rendam telekung selama 10 minit, kemudian bilas hingga bersih.

RUJUKAN

IKLAN