Fesyen

Louis Vuitton Keluarkan Dumbbells Harga Maut

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Louis Vuitton Keluarkan Dumbbells Harga Maut

Korang sanggup tak beli dumbbells harga mahal gila? Sanggup atau tidak Louis Vuitton keluarkan dumbbells rekaan jenamanya sendiri dengan harga $2,720 atau RM11,837.44. Bagi peminat jenama terkemuka Louis Vuitton, mungkin harga alat senaman ini ‘biasa-biasa’ saja kerana ia alat senaman keluaran rekaan berjenama.

IKLAN

Tapi apa yang membuatkan alat senaman seberat 3 kilogram ini begitu mahal sekali harganya? Jenama ikon fesyen terkemuka ini bawakan alat senaman rekaan eksklusif jenama sendiri, di mana ia kini menjadi alat senaman paling popular dan mendapat permintaan tinggi di kalangan peminat jenama terkemuka ini.

Foto – Arkib Wanista

Logo ikonik LV yang terdapat pada dumbbells memberikan aura elegan dan ciri eksklusif kepada pemilik barang senaman tersebut. Harga alat senaman maut ini dijual $2,720 atau RM11,837.44 sebelum shipping.

Foto – Arkib Wanista

Louis Vuitton ingin jadikan dumbbells ini bukan sebagai alat senaman semata-mata, tetapi ia juga boleh dijadikan hadiah kepada yang ingin amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam di rumah. Sesuai dengan keadaan penularan pandemik di seluruh negara, membuatkan kita melakukan banyak perkara di rumah.

Bagi yang ingin mendapatkan dumbbells harga maut ini, kamu boleh layari laman sesawang Louis Vuitton [SINI], sama ada kamu ingin gunakan alat senaman ini untuk diri sendiri atau hadiahkan kepada rakan baik kamu yang minat bersenam!

Rujukan: 1, 2,