Resipi

Resepi Basque Burnt Cheesecake Gebu Guna 6 Bahan Je

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Resepi Basque Burnt Cheesecake Gebu Guna 6 Bahan Je

“Eh, kau tahu tak sekarang ni tengah trending tau masak basque burnt cheesecake, tapi tak leceh ke nak masak kek tu?”

IKLAN

Hah, sekarang ni memang tengah trending buat cheesecake bakar tu, nak kata leceh buat kek keju bakar ni tak pun. Sebab apa memang mudah sangat-sangat nak masak Basque Burnt Cheesecake ni, kalau tak percaya jom tengok macam mana nak masak kek ni di bawah!

Bahan-bahan

  • 225 gram cream cheese
  • 70 gram gula castor
  • 1 biji kuning telur
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan tepung kek
  • Esen vanila
  • 115 gram whipping cream
Foto – Arkib Wanista (bahan-bahan utama untuk buat kek keju bakar)

Cara membuatnya

  1. Mula-mula masukkan cream cheese ke dalam mangkuk, kemudian gaul sebati.
  2. Selepas itu masukkan gula castor, gaul sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan pula satu biji kuning telur dan gaul sehingga sebati, selepas itu masukkan sebiji telur dan gaul rata.ย 
  4. Selepas itu masukkan lagi sebiji telur ke dalam adunan dan gaul rata.
  5. Selesai, masukkan pula esen vanila dan whipping cream ke dalam adunan dan gaul semua bahan-bahan sehingga sebati.
  6. Terakhir masukkan tepung kek dan pastikan adunan digaul sehingga sebati.
  7. Setelah bahan-bahan diadun sebati, masukkan adunan ke dalam loyang bulat bersaiz 6 inci.
  8. Bakar adunan pada suhu 200 darjah selsius selama 50 minit.
  9. Basque Burnt Cheesecake siap, dan sedia untuk dihidangkan!
Foto – Kirbie’s Craving

So korang bolehlah cuba masak resepi cheesecake bakar ni di rumah, dan bahan-bahan pun simple je. Jom masak Basque Burnt Cheesecake untuk petang ni!

Selamat mencubaโ™ฅ