Resepi

Resepi Ayam Goreng Korea Ala Drama ‘Crash Landing On You’

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Resepi Ayam Goreng Korea Ala Drama ‘Crash Landing On You’

Penangan k-drama memang hebat!

IKLAN

Pernah tak anda menonton drama atau variety Korea, terus rasa lapar dan nak makan sebijik apa yang mereka makan? Penulis selalu sangat.

Dalam drama ‘Crash Landing On You’, ada babak para pelakon menikmati ayam goreng dengan begitu asyik sekali. Tengok visual memang jatuh cinta dengan kerangupan ayam goreng tersebut. Rasa nak beli, macam tak puas. Memandangkan sekarang anda banyak masa di rumah, apa kata make your own korean fried chicken.

Chef selebriti dari Filipina ini, Erwan Heussaff berkongsi resepi ayam goreng Korea ala ‘CLOY’!

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

Ayam

  • 1 x 1.5-2.5 kg keseluruhan ayam atau setara dalam potongan ayam lain
  • 1 cawan susu
  • 1 cawan serbuk goreng untuk adunan
  • 1 cawan serbuk goreng untuk celup

Serbuk Goreng

  • 1 cawan tepung jagung atau tepung kentang
  • 1 cawan tepung
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar serbuk bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk bawang
  • 1 sudu kecil msg (pilihan)

Perasa

  • 1/3 cawan air soda (pengganti vodka) – pilihan
  • 1.2 sudu besar garam
  • 2 sudu kecil lada hitam

Sos 

  • 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan (75g) sos tomato
  • 1/4 cawan (45g) gochujang
  • 3 sudu besar kicap
  • 1/2 cawan (65g) bawang putih cincang
  • 3 sudu besar (15g) serbuk lada merah halus
  • 1/3 cawan (50g) gula perang

Cara menggoreng ayam:

1. Potong keseluruhan ayam menjadi sekitar 20 ketul. Erwan kelar ayam bahagian paha untuk memastikan ia masak sama rata.

2. Dalam mangkuk besar, rempahkan ayam dengan garam, lada hitam dan air soda. Tutup dan ketepikan ayam sekurangnya enam jam (biar marinate sebati).

3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, garam, serbuk bawang putih, serbuk bawang, tepung jagung dan serbuk penaik. Ketepikan.

4. Untuk sos, dalam kuali, panaskan minyak dan goreng bawang putih yang dicincang halus, sebelum menambah sos tomato, gochujang, kicap dan gula perang. Biarkan mendidih. Masa ini, anda boleh letak sukatan ikut citarasa masing-masing.

5. Setelah ayam marinate sebaiknya, masukkan susu dan sedikit serbuk goreng dalam mangkuk yang sama. Ia akan terasa “tebal” seperti adunan pancake. Seterusnya, salutkan setiap kepingan ayam dengan campuran tepung kering.

6. Goreng ayam secara double fry. Untuk menggoreng yang pertama, pastikan minyak anda pada suhu 150 darjah celcius. Berhati-hati, letakkan ayam anda di dalam – jangan terlalu banyak tak nak overcrowded. Ia mesti dimasak sepanjang 10 minit. Potongan yang lebih kecil akan masak lebih cepat. Biarkan berehat selama kira-kira 15 minit, minyak panas dan goreng lagi.

7. Anda boleh makan rangup tanpa sos atau dengan sos. Terpulang.

Foto – Pinterest

Selamat Mencuba!