Seperti yang sedia maklum di Wuhan, kerajaan China telah menarik balik perintah berkurung (lockdown) pada 9 April 2020. Selepas perintah tersebut di tarik balik, kehidupan rakyat China di Wuhan mula kembali seperti sedia kala.
Sektor pekerjaan mula beroperasi, restoran-restoran kembali di buka untuk pelanggan, kedai serbaneka, pasaraya, pusat membeli-belah dan sebagainya telah kembali beroperasi semula sejak awal bulan April lalu.
Tetapi baru-baru ini gempar berita di laman sosial China iaitu Weibo di mana di Pusat Hospital Wuhan terdapat seorang pesakit berusia 26 tahun mengalami kecederaan di paru-paru dan mengalami masalah pernafasan.
Mengikut pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, mereka mendapati 90 peratus paru-paru sebelah kiri pesakit di mengalami tekanan dan posisi jantung bergerak keluar ke sebelah kanan di dalam tubuh pesakit tersebut.
Situasi ini juga dikenali sebagai pneumothorax atau collapsed lung di mana udara keluar daripada paru-paru. Pesakit tersebut terpaksa di bawa ke bilik pembedahan dan kini keadaannya kembali stabil. Menurut pihak hospital, hal ini berlaku kerana pesakit berlari (jogging) sambil memakai topeng muka.
Berdasarkan siasatan, pesakit tersebut melakukan aktiviti bersenam (jogging) pada dua minggu lalu dan setiap kali pesakit tersebut keluar jogging dirinya akan memakai topeng muka dan berlari dari 3km hingga 6km. Akhirnya menyebabkan diri pesakit mengalami masalah kesukaran bernafas dan keadaan menjadi lebih buruk.
Peringatan buat semua, bagi yang ingin bersenam sebaiknya lakukan aktiviti bersenam di rumah sahaja. Meski kerajaan telah menyatakan kita semua boleh keluar rumah dan melakukan aktiviti bersenam dan sebagainya, tetapi memakai topeng muka ketika bersenam setiap hari akan membawa risiko pada kesihatan.