Kecantikan

9 Produk Jenama Fresh Ni Berbaloi Korang Beli

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
9 Produk Jenama Fresh Ni Berbaloi Korang Beli

Kalau korang nak jaga kecantikan wajah dari A sampai Z, maka produk kecantikan dan penjagaan wajah dari jenama Fresh ni patut ada dalam senarai korang. Sebab apa, produk-produk dari jenama ini menggunakan bahan berinspirasikan alam semula jadi.

IKLAN

Jom tengok sembilan produk paling best untuk penjagaan dan kecantikan wajah di bawah, gerenti tak rugi guna produk Fresh ni.

#1 Soy Face Cleanserย 

Foto – Arkib Wanista

Apa yang best sangat guna pencuci muka Soy Face Cleanser ni? Kalau nak tahu pencuci muka ini mengandungi minyak kacang soya yang kaya dengan sumber protein yang tinggi.

Bukan itu saja soya juga bagus untuk mengurangkan kedutan, membaiki kerosakan kulit dan sekaligus menegangkan kulit yang berkedut di wajah.

Oleh sebab itu, pencuci muka ini sangat popular di kalangan wanita yang ingin kembalikan keanjalan wajah.ย 

#2 Lotus Youth Preserve Dream Face Cream

Foto – Arkib Wanista

Produk krim muka ini menggunakan ekstrak akar dan ekstrak bunga teratai sebagai sumber utama. Ini kerana akar dan bunga teratai berfungsi meminimakan tanda-tanda penuaan pada wajah.

Tambahan lagi, krim ini juga kaya dengan antioksidan dan dapat menguatkan lapisan kulit wajah dari hidrat atau kering.

#3 Black Tea Kombucha Facial Treatment Essence (Limited Edition)

Foto – Arkib Wanista

Untuk mendapatkan wajah muda remaja, kamu wajib guna Black Tea Kombuncha Facial Treatment Essence Limited Edition ini, ia bukan saja akan membuatkan wajah kembali bertenaga, sihat dan kuat.

Malah penggunaan teh hitam di dalamnya mampu melawan tanda-tanda penuaan dan meremajakan kulit wajah.

IKLAN

#4 Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum

Foto – Arkib Wanista

Siapa yang tidak mahu wajah sentiasa berseri, bersinar dan sihat sepanjang masa bukan? Dengan Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum ini, akan membuatkan wajah berseri setiap hari.

Rahsianya ekstrak jus buah-buahan seperti lemon dan oren yang mengandungi vitamin C dan E serta campuran minyak kelapa akan membuatkan kulit wajah kekal lembap 24 jam.

#5 Sugar Tinted Lip Treatment Sunscreen SPF 15

Foto – Arkib Wanista

Bibir mungil, gebu, lembut dan kekal lembap dengan Sugar Tinted Lip Treatment Sunscreen SPF 15 pasti puas hati.

Ia mengandungi minyak biji anggur yang dapat membuatkan kulit bibir kekal lembut dan gebu. Bukan itu saja, ia juga menggunakan beeswax untuk membuatkan bibir terus kekal lembap dan dilindungi.

#6 Rose Deep Hydration Facial Toner

Foto – Arkib Wanista

Ini bukan sembarangan toner tau, toner wajah daripada Fresh ini mengandungi ekstrak bunga ros, air bunga ros dan ekstrak daun angelica. Sumber bahan semula jadi ini dapat membuatkan kulit wajah kekal lembap dan hidrat.

Tambahan lagi, ia juga dapat membuatkan wajah menjadi lembut, gebu dan mulus. Wajah juga kekal segar berseri sepanjang hari.

#7 Rose Deep Hydration Face Cream

Foto – Arkib Wanista

Nak kan wajah rasa ringan, rasa lembap dan gebu? Tak payah cari produk lain, guna Rose Deep Hydration Face Cream ni je dah cukup. Serius cakap ramai yang guna krim bagi respon positif.

Krim muka yang dirumus khas dengan air bunga ros, ekstrak daun angelica dan asid hyaluronik yang mana dapat mengekalkan kelembapan wajah dan menyerikan wajah dari dalam.

#8 Black Tea Firming Overnight Mask

Foto – Arkib Wanista

Hilangkan keletihan wajah dengan menggunakan Black Tea Firming Overnight Mask, masker ini dirumus khas dengan ekstrak daun teh hitam untuk menghilangkan tekanan pada wajah yang letih semalaman.

Tambahan lagi dengan minyak kombucha, ekstrak daun teh hitam, ekstrak daun beri hitam dan biji buah laici, dapat menghalang radikal bebas dari merosakan kulit wajah serta sekaligus dapat menganjalkan kulit wajah.

#9 Seaberry Skin Nutrition Booster

Foto – Arkib Wanista

Seaberry Skin Nutrition Booster dirumus khas untuk meremajakan kulit wajah dan dapat meningkatkan ketahanan kulit wajah.

Serum ini diperkaya dengan minyak buah seaberry, minyak dari biji bunga kamelia dan tomato. Bahan-bahan ini dapat mengekalkan kelembapan kulit, kaya dengan antioksidan yang tinggi dan kulit wajah juga bebas dari serangan radikal bebas.

Jadi kalau korang nak wajah cantik jelita, kekal lembap, kulit wajah menjadi gebu dan mulus, apa lagi cubalah produk-produk Fresh yang disenaraikan di atas gerenti puas hati.

Rujukan: 1, 2,