Jika kamu jenis yang suka sapukan bedak talkum di muka bayi selepas sahana mandi, tolong hentikan tabiat itu!
Kenapa bedak talkum atau kita biasa panggil bedak baby bahaya? Kandungan utama bedak baby ialah talkum.
Talkum atau talc, adalah sejenis mineral yang mengandungi silica magnesium yang telah hidrasi. Talkum boleh mengewap dan dan juga diserap oleh kulit. Jadi apabila mineral talkum diserap oleh kulit bayi, itulah yang membahayakan kesihatan.
Menurut DrAhmad Luqman Bukhari, partikel bedak talkum sangat halus. Jadi bila disapu ke anak, risiko tinggi untuk anak terhidu lalu berterusan masuk ke dalam salur pernafasan.
Akhirnya boleh sampai ke paru-paru anak hingga menyebabkan dia sering terbatuk, sesak nafas dan akhirnya mengalami jangkitan paru-paru yang serius (talcum powder poisoning).
- Foto – The AsianParent Malaysia
Laporan American Academy of Paediatric, sedikit debu talkum cukup bahaya serta mampu merosakkan salur pernafasan bayi yang kecil. Lagi-lagi bayi yang berisiko dan mempunyai sistem pernafasan sensitif seperti bayi pramatang, anak yang menghidap sakit jantung dan mempunyai masalah pernafasan sejak lahir.
Terdahulu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mengeluarkan kenyataan akhbar bertarikh 10 Mac 2016 agar pengguna berhati-hati dengan penggunaan bedak talkum yang dikatakan toksik.
Dalam kenyataan itu juga, organisasi tersebut mendesak agar Kementerian Kesihatan melarang penggunaan bedak talkum dan barang-barang berasaskan talkum kerana ia turut membahayakan bayi. Ini kerana, partikel daripada bedak talkum ini didakwa mampu menyebabkan tumor dan barah (atau kanser) pada ovari dan juga peparu.
Sebelum nak letak something dekat anak kecil, dapatkan rujukan pakar terlebih dahulu.
Selamat Beramal!