“Kau ni balik-balik tengok cerita seram, pastu cerita yang sama je tak ada cerita seram baru ke?”
Netflix ada berita gembira buat pencinta genre seram pada bulan Julai nanti, Netflix akan siarkan siri seram popular JU-ON: Origins secara berepisod buat penonton Netflix di seluruh negara.
Kisah lagenda seram JU-ON yang menggemparkan seluruh Jepun pada tahun 2000, kini kembali dengan nafas baru di bawah Netflix. Siri berepisod JU-ON: Origins yang bakal disiarkan di Netflix memberi fokus pada kes paranormal sebenar yang berlaku di Jepun.
Sumpah JU-ON
Trailer JU-ON: Origins yang baru dikeluarkan oleh Netflix memaparkan beberapa babak menyeramkan di dalam siri berepisod ini. Siri ini berkisarkan sumpahan yang terdapat di dalam sebuah rumah tinggalan pasangan suami isteri dan beberapa entiti paranormal yang terdapat di dalam rumah sumpahan tersebut.
Siri Seram 6 Episod
Rantaian paranormal yang berlaku di dalam rumah sumpahan ini diceritakan dalam enam episod dan setiap episod cukup mengerikan.
Dari penampakan wanita bayangan putih kepada bunyi seram yang dimainkan pada kaset radio dan penampakan janin berdarah di dalam siri seram JU-ON: Origins di Netflix pasti akan buatkan pencinta kisah seram tidak duduk diam di depan kaca televisyen!
3 Julai Tarikh Keramat
Tanggal 3 Julai nanti Netflix akan siarkan JU-ON: Origins siri seram berepisod kepada penonton Netflix, saksikan lakonan hebat Yoshiyoshi Arakawa yang memegang watak Yasuo Odajima yang merupakan penyiasat paranormal.
Dan lakonan Yuina Kuroshima yang memegang watak Haruka Honjo yang merupakan seorang penghibur muda yang diganggu oleh entiti seram. Saksikan bagaimana siri berepisod ini menghantui penonton Netflix bermula awal bulan Julai nanti.
Bagi yang lemah semangat, tidak digalakkan untuk menonton siri seram ini kang ada pula yang pengsan di rumah sorang-sorang.