Tips - Kecantikan

Kulit Cantik Macam Artis, Buat Detox Water Guna 10 Bahan Terbaik!

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Kulit Cantik Macam Artis, Buat Detox Water Guna 10 Bahan Terbaik!

Detox Water, rahsia kebanyakan wanita cantik!

IKLAN

Kecantikan semula jadi bermula dari apa yang kita masukkan ke dalam tubuh, bukan hanya dari yang kita pakai di luar sahaja.

Dan cara yang lebih baik untuk melakukannya ialah dengan memulakan rutin detox water. Detox water adalah cara terbaik untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk kulit cerah dan bersinar.

Foto – Campus

Air sahaja adalah kunci untuk kulit yang hebat kerana mengeluarkan racun, memberikan nutrien ke sel dan memastikan sel dan kulit tetap terhidrat.

Tetapi minum air semata boleh jadi membosankan, jadi kenapa tidak kita menambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran enak ke dalam air? 

Menambah buah-buahan, sayur-sayuran dan ramuan yang betul ke dalam air anda sekurang-kurangnya boleh memperbaiki kulit anda dan membantu anda mencapai kulit cerah dan sihat yang diidamkan.

Foto – Skinny Now

Untuk detox, beri tumpuan kepada buah dan sayur yang memberi nutrien baik untuk kulit.

  • Sitrus (lemon, oren, limau gedang) – Buah sitrus memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen kerana kandungan vitamin C yang tinggi dan dianggap sebagai anti-oksidan.
  • Strawberi – Strawberi kaya dengan asid, folat dan vitamin C, yang masing-masing berfungsi untuk meneutralkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Ellagic acid juga membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV.
  • Epal – Epal kaya dengan asid maleik, yang membantu membersihkan dan melembutkan kulit dengan memperbaharui sel kulit.
  • Timun – Timun penuh dengan antioksidan, termasuk vitamin C, beta-karoten, dan mangan. Ia juga menghidrat, mundi intui kulit lembut bagaikan bayi.
  • Pudina – Pudina kaya dengan antioksidan dan flavonoid. Pudina terkenal untuk menenang dan menyembuhkan keradangan dan merawat jerawat.
  • Tembikai – Tembikai membantu membuang toksin dalam badan dan penuh dengan antioksidan, yang membantu melawan radikal bebas.
  • Cuka epal – Cuka epal kaya dengan enzim yang membantu menyeimbangkan bakteria di usus. Ia juga membantu melancarkan penurunan berat badan dengan membantu penghadaman.
  • Aloe vera – Aloe vera terkenal dengan sifat penyembuhannya apabila digunakan secara topikal pada kulit. Walau bagaimanapun, ia juga dapat digunakan secara dalaman untuk mengatasi masalah usus dan juga dapat membantu melahirkan kulit yang lebih cerah dan berseri.
  • Halia – Halia mempunyai banyak sifat anti-radang dan anti-bakteria. Ia berkesan untuk menjaga kulit cantik dan bersinar dengan mengurangkan keradangan dan menjaga kulit sentiasa terhidrat.
  • Buah tropika (betik, nanas, kiwi, jambu) – Buah tropika penuh dengan vitamin C yang membantu mempertahankan kulit daripada radikal bebas. Vitamin C juga membantu menghasilkan kolagen. Betik mengandungi sejumlah besar vitamin A, enzim penting yang membantu menyembuhkan kulit yang rosak dengan mempercepat pertumbuhan semula sel.

Menggabungkan bahan-bahan ini dengan air menghasilkan minuman yang bukan sahaja menghidrat badan anda tetapi juga berfungsi membersihkan dan menyahtoksik sistem anda dari dalam ke luar.

Setiap kombinasi membantu menghilangkan kekotoran dari badan anda, yang seterusnya membantu mendorong kulit yang cerah dan bersinar.

IKLAN

Selamat Beramal!

RUJUKAN