Hanya menggunakan tuala, kamu boleh mendapatkan berat badan ideal dan postur badan yang seimbang.
Senaman 5 minit yang ringkas dan berkesan oleh Dr. Toshiki Fukutsudzi ini akan membantu kamu mendapatkan pinggang yang lebih kecil dan postur yang lebih baik.
Senaman ini berasal dari negara matahari terbit, Jepun dan sangat mudah untuk dilakukan. Kamu hanya memerlukan tuala dan beberapa minit sahaja.
Senaman Tuala Cara Jepun
Seperti yang dilaporkan, senaman ini dicipta oleh Dr. Toshiki Fukutsudzi, seorang doktor pakar dari Jepun. Senaman ini bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan tetapi juga meningkatkan postur badan dan menguatkan punggung.
Menurut doktor, setiap lapisan lemak tambahan di sekitar perut sebenarnya adalah hasil daripada perletakan pelvis yang salah. Jadi, senaman ini dapat membetulkan perletakan pelvis dan seterusnya mengurangkan lingkaran pinggang kamu.
Video Cara Senaman
1. Sebelum memulakan senaman, kamu mesti menggulung tuala bersaiz sederhana dalam bentuk silinder (selebar 4 inci).
2. Sekarang, duduk di permukaan yang rasa dan keras – lantai, tikar yoga atau meja urut dan letakkan tuala anda di bawah.
3. Sekarang, baring dengan tuala betul-betul di bawah pusar.
4. Baring dengan tangan dan kaki selurusnya. Jari ibu kaki dibiar saling menyentuh (lihat pada gambar).
5. Rentangkan lengan anda di atas kepala, telapak tangan ke bawah dan pastikan jari kelingking saling bersentuhan.
6. Kamu mesti kekal dalam kedudukan ini selama kira-kira 5 minit.
7. Selepas 5 minit, bangun perlahan-lahan. Pastikan tidak melakukan gerakan menyentak.
Mungkin pada pertama kali kamu akan rasa tidak selesa, jadi, kamu boleh buat selama satu minit dan secara beransur-ansur naik hingga 5 minit.
Tangan, kaki, dan tuala harus berada dalam kedudukan yang betul untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Tidak sampai sebulan, pinggang anda akan terasa lebih kecil dan punggung lebih baik.
Tulang belakang anda akan menjadi lurus dan organ dalaman anda akan diletakkan pada kedudukan yang baik.
Selamat Mencuba!