Resepi

Resepi Puding Roti Mudah Guna Air Fryer Je

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Resepi Puding Roti Mudah Guna Air Fryer Je

Berbuka hari ini rasa nak buat manisan Puding Roti. Tapi tak nak bakar, nak cuba guna air fryer. Hah air fryer, macam mana pula tu? Boleh ke? Menjadi ke?

IKLAN

Korek punya korek, Wanista kongsi satu resepi mudah puding roti tak guna oven tapi guna air fryer.

Nah… resepinya.

Bahan yang perlu disediakan

  • 8 keping @300gm ROTI
  • 2 cawan susu segar full cream
  • 2 biji telur 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 3 sudu besar butter dicairkan
  • Jika suka letaklah ikut pilihan:- mix fruit, walnut cincang, kismis atau coklat cip

Cara membuat

1. Campurkan susu, telur, gula dan esen vanilla. Pukul semua guna whisk hingga mesra.

2. Jika perlu, tapis campuran telur tadi. Kemudian masukkan mentega cair. Kacau sebati.

3. Roti di potong 4-6 supaya menjadi kepingan kecil. Susun dalam loyang bersesuaian. Letak kismis selang seli dengan roti.

4. Tuang bahan campuran puding tadi ke roti hingga rata.

5. Tekan sedikit guna spatula supaya ia meresap pada roti. – tepikan perap 5-10 minit

6. Bakar di Air Fryer suhu 180” selama 10-15minit hingga masak atau ikut garing yang disukai.

Bahan Sos Kastard

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar gula (boleh tambah)
  • 3 sudu besar susu pekat (jika suka rasa lemak)
  • 1 sudu kecil esen vanilla kuning (jika perlu)

Cara-cara

1. Campur tepung kastard bersama air. Larutkan.

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.

3. Masak guna api perlahan hingga pekat. Pastikan selalu dikacau supaya tidak hangus dan berketul.

4. Sedia untuk dihidangkan bersama puding roti.

Mudahkan. Selamat Mencuba!