Sekarang drama Korea “The World of The Married” sedang rancak menjadi bualan netizen. Dek kerana popular, aktor Jung Joon Won telah mendapat perhatian netizen.
Baru-baru ini, foto yang tersebar di media sosial menunjukkan aktor remaja Jung Joon Won berseronok bersama kawan-kawan. Yang kurang enak adalah dia dilihat sedang sakan minum dan merokok bersama rakan-rakannya.
Dalam salah satu foto, aktor remaja ini dilihat bersama rakan-rakannya di sebuah restoran, pose untuk kamera yang dikelilingi oleh beberapa botol soju dan bir. Dalam foto lain, dia pose dengan rakan-rakan di luar sambil menghisap rokok, sementara itu, dia sempat mengambil gambar rokok elektronik pula.
Jung Jun Won dilahirkan pada tahun 2004 dan baru berusia 16 tahun, jadi ia satu tindakan menyalahi undang-undang untuk remaja bawah umur.
Agensi Jung Joon Won tampil memberi kenyataan berhubung laporan minum dan merokok di bawah umur.
Helo, ini adalah DAIN Entertainment.
Ini adalah respon agensi kami terhadap kes Jung Joon Won yang tersebar di media sosial.
Pertama, tugas kami adalah menguruskan pelakon, jadi kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas kekhilafan pihak pengurusan. Pada masa ini, kami sedang menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh terhadap keadaan yang berlaku dan akan memastikan bahawa hal itu tidak berulang.
Kami sangat menyesal dan mohon maaf kepada pihak produksi drama “The World of The Married”.
Kami akan lebih berhati-hati dalam menguruskan artis kami di masa depan dan melakukan yang terbaik untuk mencegah dan meningkatkan prestasi.
Terima Kasih.
Jung Joon Won memainkan watak Cha Hae Kang dalam “The World of The Married”, anak Cha Do Chul (Kim Tae Hyang) dan isterinya (Yoon In Jo).
Budak-budak baru nak ‘naik’, biasalah… Di harap Jung Joon Won belajar daripada kesilapan dan peka dengan keadaan semasa.