Fesyen

Sambut Aidilfitri Dengan Koleksi Baju Raya Uniqlo Yang Selesa & Stailo

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Sambut Aidilfitri Dengan Koleksi Baju Raya Uniqlo Yang Selesa & Stailo

Sambutan Aidilfitri semakin terasa, lagi dua minggu kita semua akan menyambut Hari Raya pastinya masing-masing sibuk dengan persiapan Hari Raya meski kita semua masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

IKLAN

Bagi memeriahkan suasana Aidilfitri pada bulan Mei, gedung jenama pakaian terkemuka dunia Uniqlo akan turut turun padang dengan menampilkan koleksi-koleksi baju raya mereka untuk kita semua.

Rekaan baju raya yang selesa dan stailo menjadi fokus Uniqlo, sesuai dengan temanya “Together in Comfort, Raya in Style with Uniqlo”.

Gaun Kaftan RM 149.90

Foto – Arkib Wanista

Blaus Motif Batik RM 79.90

Foto – Arkib Wanista

Gaun Motif Batik RM 129.90

Foto – Arkib Wanista

Baju Kemeja Motif Batik RM 79.90

Foto – Arkib Wanista

Baju Melayu RM 129.90

Foto – Arkib Wanista

Sakan membeli-belah bersama Uniqlo, kamu akan menerima sampul duit raya apabila berbelanja secara minima sebanyak RM120. Tak kira wanita atau lelaki pasti tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sampul raya eksklusif Uniqlo ni kan.

Foto – Uniqlo

Menangi RM500 Bersama Uniqlo

Uniqlo nak bagi RM500 untuk pelanggan bertuah mereka, caranya cukup mudah kamu cuma perlu lakukan tiga cara ini.

  1. Muat naik gambar raya bersama keluarga yang paling best bersama caption raya yang kreatif.
  2. Kemudian tag @UNIQLOMYOfficial dan jangan lupa masukkan hashtag #UQRiangRiaRaya di dalam caption.
  3. Pastikan akaun sosial media kamu di setkan public.

Untuk tidak berasak-asak di gedung Uniqlo kamu boleh membeli-belah menerusi dalam talian (online) Uniqlo [SINI], jangan ketinggalan untuk mendapatkan koleksi raya bersama Uniqlo untuk yang tersayang.

Selamat membeli-belahโ™ฅ