Resipi

Teringin Nak Minum “Harry Potter Butterbeer”, Nah Resepinya

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Teringin Nak Minum “Harry Potter Butterbeer”, Nah Resepinya

Minuman ini halal ye, jangan risau!

IKLAN

Di kala malam, sedang menonton Netflix atau Viu, apa kata korang buat minuman istimewa “Harry Potter Butterbeer” supaya lebih syok lagi.

Nak minum butterbeer, tak payah pergi jauh… tadaaa penulis kongsikan resepi untuk korang semua!

Terdapat banyak jenis butterbeer, antaranya butterbeer fudge, butterbeer ice cream dan minuman butterbeer sendiri, yang disajikan panas, sejuk dan ais. Dan paling popular ialah versi sejuk – minuman manis terdiri daripada soda dan mempunyai rasa karamel dan butterscotch yang membuatkan ramai ketagih.

Foto – Time Out

Sejak minuman itu diperkenalkan, ramai orang telah menuba resepi sendiri. Walaupun Universal Studios kedekut nak kongsi resepi, tapi versi yang satu ini hampir sama dengan rasa original.

Resepi Butterbeer

  • 1 cawan soda krim
  • 1 cawan air soda
  • 2 sudu besar sirap butterscotch
  • 2 sudu besar whipped cream
  • 2 sudu besar sirap karamel
  • Secubit garam

Cara Membuat

1. Mula-mula sekali sejukkan mug kaca dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 15 minit.

2. Campurkan soda krim, air soda dan sirap butterscotch dalam mangkuk, kacau rata. Tuangkan campuran soda dalam mug yang sudah disejukkan tadi.

IKLAN

3. Kacau whipped cream, sirap karamel dan garam bersama dalam mangkuk kecil. Kacau ringan sehingga menjadi foam. Boleh gunakan hand mixer.

4. Letak campuran whipped cream atas air campuran soda. Sekarang dah boleh minum, amacam best tak?

Jika nak resepi lain, boleh cuba yang ini pula. Cara semua sama je.

Selamat Mencuba!

RUJUKAN : 123