Siapa dekat sini suka betik? Betik sedap dimakan ketika sejuk ketika waktu panas.
Baiklah, buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin. Disebabkan itu, betik merupakan pilihan terbaik untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.
Baca : Diet Betik, Cara Mudah Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu
Tahukah, kamu boleh memperoleh manfaat itu jika makan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Menurunkan kolesterol
Buah ini kaya dengan serat yang membantu menurunkan kolesterol tinggi. Selain itu, antioksidan dan vitaminnya membantu mencegah penyakit jantung.
Ia membantu menyingkirkan cacing dan parasit
Cacing dan parasit boleh menyebabkan keroskan pada badan kamu, hal ini penting untuk kamu perhatikannya supaya antibodi kamu tidak lemah. Betik membantu menghilangkan parasit dari badan badan ketika mereka memecahkan telurnya. Bijinya juga dikatakan mempunyai manfaat tersendiri.
Betik meningkatkan imuniti
Buah ini juga mengandungi vitamin A, C, dan E yang merupakan nutrien yang diperlukan untuk sistem kekebalan tubuh. Ia bagus untuk badan dan membantu memastikan sistem ketahanan badan tetap berjalan.
Mengurangkan keradangan
Buah betik mempunyai sifat anti-radang. Ini sangat berguna untuk melawan kulit yang meradang dan masalah seperti arthritis, sakit sendi, gout, dan asma.
Melambatkan penuaan
Banyak nutrien dalam betik yang kita sebut dapat membantu melambatkan penuaan, seperti vitamin C dan E, dan antioksidan. Mereka menghalang kulit kamu dari radikal bebas, kerosakan akibat sinar matahari, dan kedutan.
Mengawal tekanan darah
Kerana kehadiran carpaine dalam betik, ia bertanggungjawab untuk mengurangkan tekanan darah.
Mengurangkan tekanan
Kerana vitamin C, betik dapat membantu mengurangkan tekanan. Hal ini menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh University of Alabama, buah ini mengatur aliran hormon stres.
Kepada sesiapa yang tak makan betik, kamu memang rugi!