“Eh, asal muka kau merah-merah ni. Produk kosmetik apa yang pelik sangat, macam warna merah darah ni?”
Kosmetik berdarah yang dimaksudkan di sini adalah The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution! Ia merupakan produk viral yang dikatakan mampu merawat kulit muka yang memiliki masalah jerawat ekstrem.
Nak tahu apa yang menyebabkan Cecair daripada The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution bagus sangat, jom lihat di bawah.
Mengandungi Campuran 30% AHA
Dalam produk The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution, ia mengandungi campuran 30% AHA, glycolic, lactic, tartaric, dan citric. Ramuan khas ini dapat menghilangkan sel kulit mati dan menjadikan kulit wajah menjadi lembut, gebu dan menjadi lebih muda remaja.
2% Salicylic Acid (BHA)
Selain itu, cecair kosmetik ini juga mengandungi 2% salicylic acid (BHA) yang mampu menyerap masuk ke dalam kulit dan dapat menanggalkan sel kulit mati serta sekaligus dapat ketatkan liang roma.
Bukan itu saja, dengan BHA ini segala bintik hitam, bintik putih, breakouts dan masalah liang pori lain sehingga menyebabkan masalah teruk boleh dikurangkan.
Kaya Dengan Antioksidan
Produk ini juga mengandungi ekstrak lobak hitam yang tinggi dengan karotin dan carotenoids, serta pati aloe vera juga dirumus khas dalam kosmetik berdarah ini, untuk menyeimbangkan semula kulit yang rosak dek kerana radikal bebas.
Dalam masa yang sama dengan ramuan khas ini juga, ia dapat mengembalikan kesihatan kulit wajah seperti sedia kala semula.
Adakah Produk Ini Selamat Untuk Digunakan?
Produk kosmetik The Ordinary AHA 30% + 2% Peeling Solution sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit melainkan jenis-jenis kulit yang sensitif, mempunyai masalah mengelupas atau masalah kulit yang terjejas.
Cara menggunakan Kosmetik Berdarah
Boleh dikatakan ramai blogger kecantikan dan influencer ternama telah mencuba produk viral ini, dek kerana warnanya yang luar biasa dan kesannya yang hebat. Bagi yang ingin mencuba produk ini kamu perlu tahu bagaimana nak gunakan produk ini dengan betul, ikuti cara-caranya di bawah.
- Bersihkan muka dengan pencuci muka.
- Selesai membersihkan muka, lap muka dengan menggunakan kain bersih atau tisu muka.
- Setelah kering, ambil The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution kemudian titiskan cecair tersebut pada seluruh kawasan muka.
- Sapu rata cecair berdarah pada permukaan muka terutama di kawasan yang mempunyai masalah jerawat yang teruk.
- Setelah sapu rata pada permukaan muka, biarkan ia selama 10 minit.
- Setelah 10 minit, bilas muka dengan air suam.
- Gunakan produk ini sekali seminggu secara konsisten dan sehingga jerawat di wajah hilang.
Bagi yang berminat ingin membeli produk The Ordinary AHA 30% + 2% BHA Peeling Solution, kamu boleh layari laman sesawang Worthee Cosmeticcs [SINI] dan harganya juga berpatutan sesuai dengan kesan yang diberikan ke atas kulit wajah bermasalah.
Selamat mencuba♥