Berita & Isu Semasa

Kerana Coronavirus Wujud Penyakit Aneh ‘Kawasaki’ Pada Kanak-Kanak

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kerana Coronavirus Wujud Penyakit Aneh ‘Kawasaki’ Pada Kanak-Kanak

Terbaru pakar perubatan menemui satu lagi penyakit baru terhadap kanak-kanak yang dikenali sebagai ‘Penyakit Kawasaki’. Penyakit ini muncul kerana penularan jangkitan wabak coronavirus (Covid-19), ia menyebabkan munculnya simptom-simptom penyakit pelik pada kanak-kanak.

IKLAN

Kebanyakan kes menunjukan kanak-kanak menghadapi gejala sederhana dan hanya sebilangan kecil yang mati kerana penyakit Kawasaki ini.

Penyakit Kawasaki

Penyakit aneh yang baru sahaja ditemui ini sangat di pandang serius oleh pihak perubatan dan saintis kerana ia berkait dengan wabak coronavirus. Antara simptom atau gejala penyakit yang ditemui pada kanak-kanak adalah seperti:

  • Demam selama 5 hari dengan suhu mencapai 38 darjah atau lebih
  • Gejala lidah strawberi
  • Jari tangan dan kaki menjadi bengkak atau rasa sakit
  • Mata menjadi merah
  • Bibir merekah
  • Kelenjar leher menjadi bengkak

Tiada siapa yang tahu apa menyebabkan wujudnya penyakit Kawasaki ini, tetapi ia berkemungkinan juga berkait dengan penyakit seperti masalah radang atau kombinasi penyakit-penyakit seperti komplikasi penyakit jantung dan masalah aneurysms.

Tambahan lagi, apa yang menyukarkan penyiasatan adalah simptom atau gejala penyakit Kawasaki ini sukar di diagnos. Simptom luar biasa ini di temui pada kanak-kanak di negara seperti Itali, Sepanyol, Perancis dan United Kingdom.

Kanak-Kanak Boleh Dijangkiti Secara Tiba-Tiba

Foto – Arkib Wanista

Menurut laporan teknikal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Maria Van Kerkhove tidak semua kanak-kanak yang positif penyakit Covid-19 menghidapi gejala penyakit Kawasaki.

Tetapi ia bukan bermakna kanak-kanak ini bebas sepenuhnya dari serangan penyakit baru tersebut, kerana ada sesetengah kes mendapati ia boleh muncul kemudian atau secara tiba-tiba.

Sehingga kini kebanyakan kanak-kanak yang disahkan positif Covid-19 menunjukan gejala sederhana ringan dan pakar perubatan akan terus memantau dan menyiasat punca penyakit serta cara rawatan untuk kanak-kanak yang menghidapi penyakit Kawasaki ini.

Rujukan: 1,