Kesihatan

6 Sebab Kenapa Ada Orang Tidur Mata Terbuka

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
6 Sebab Kenapa Ada Orang Tidur Mata Terbuka

Pernah tak tengok ada seseorang seperti dalam keadaan termenung tapi sebenarnya sedang tidur sambil mata terbuka. Ianya kedengaran pelik tetapi perkara ini benar-benar berlaku dalam kehidupan seseorang individu tersebut.

IKLAN

Jadi bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa punca menyebabkan seseorang itu tidur dalam keadaan mata terbuka? Ketahui punca dan cara penyelesaiannya di bawah.

Memiliki Masalah Saraf Dan Otot

Foto – Healthline

Individu yang tidur dalam keadaan mata terbuka disyaki memiliki masalah saraf dan otot pada sekitar kelopak mata dan menghalang kelopak mata untuk tutup semasa waktu tidur. Kelemahan saraf pada kelopak mata boleh berlaku jika individu tersebut mengalami:

  • Kecederaan atau trauma pada bahagian mata
  • Serangan strok
  • Bell’s Palsy (lumpuh atau lemah otot muka)
  • Terkena penyakit lyme, cacar air, guillain-barre syndrome dan sebagainya.

Kelopak Mata Rosak

Foto – Healthy Eyelashes

Masalah kelopak mata rosak bukan perkara ringan, masalah ini boleh berlaku kerana masalah dari pembedahan, kecederaan atau penyakit. Ke semua faktor ini boleh menyebabkan mata sukar untuk tutup sepenuhnya semasa tidur.

Sindrom Kelopak Mata Floppy

Foto – Arkib Wanista

Sindrom kelopak mata floppy atau floppy eyelid syndrome membuatkan seseorang individu tersebut tidak boleh menutup mata ketika tidur dan ia juga boleh menyebabkan masalah penyakit glaukoma serta optic neuropathy.

Penyakit Mata Thyroid

Foto – Arkib Wanista

Jika kamu mengalami masalah thyroid juga boleh terkena masalah tidur dengan mata terbuka kerana pembentukan hyperthyroidism atau thyroid yang terlalu aktif lalu menyebabkan bola mata menjadi besar dan sukar untuk tutup.

Genetik

Foto – Portrait Photos

Selain itu, faktor genetik juga memainkan peranan kerana jika ada di kalangan ahli keluarga mempunyai masalah nocturnal lagophthalmos atau tidak mempunyai kebolehan menutup kelopak mata ketika tidur. Ianya kedengaran pelik tapi terdapat kompaun genetik terhadap individu yang mengalami penyakit ini.

Tumor

Foto – Freethink

Selain itu, individu yang mempunyai tumor di sekitar saraf mata dan muka juga boleh menyebabkan individu tersebut mengalami kesukaran semasa waktu tidur dan menyebabkan individu tersebut tidur dengan mata terbuka.

IKLAN

Tangani Masalah Dengan Rawatan Ini

  • Berjumpa dengan doktor dan jawab segala soalan dengan penuh teliti.
  • Selain itu, kamu juga boleh melakukan ujian dengan mengukur jarak antara kelopak mata dengan pembaris.
  • Ukur daya yang kamu gunakan untuk menutup mata apabila kamu berkerdip.
  • Selain itu, pastikan kamu kerap memakai eye drops untuk mengekalkan kelembapan mata.
  • Jaga kebersihan persekitaran dan pastikan tiada habuk yang boleh menyebabkan mata berasa tidak selesa.
Foto – The Sleep Doctor

Tidur dengan mata terbuka merupakan satu penyakit yang harus diambil berat dan segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan tangguh sehingga ia menyebabkan kesan terhadap penyakit lain baru hendak berjumpa doktor, jagalah kesihatan mata kamu.

Rujukan: 1, 2