Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan meneruskan legasi datuknya Kim II Sung dengan menghidupkan semula skuad pemuas hawa nafsu (pleasure squad) untuk pemimpin di Korea Utara.
Menurut laporan The Sun skuad ini mencari ahli seawal usia 13 tahun, asalkan wajah cantik dan menepati kehendak pemimpin.
Pemimpin diktator Korea Utara ini menjadikan skuad pemuas hawa nafsu ini sebuah kumpulan yang sah di negara mereka dengan memberikan perkhidmatan seks kepada pemimpin tanpa sebarang bantahan.
Kini Kim Jong Un meneruskan legasi datuknya dengan membina skuad pemuas hawa nafsu untuk dirinya sendiri.
Sedut Tenaga ‘Ki’ Gadis Sunti
Menurut The Sun, pemimpin diktator tersebut percaya amalan datuknya Kim Il Sung iaitu dengan membuat hubungan seks bersama gadis sunti dan pemimpin diktator ini percaya dapat menyerap tenaga ‘Ki’ atau ‘kuasa hayat’ ke dalam tubuh mereka.
Dengan kepercayaan tersebut Kim Jong Un menurunkan arahan untuk mencari gadis sunti di negara mereka dan mengambil gadis tersebut untuk berkhidmat untuknya.
Dan ibu bapa gadis tersebut tidak berhak untuk membantah. Gadis-gadis yang terpaksa berkhidmat akan tinggal di kediaman pemimpin dan wajib melakukan apa jua arahan yang diberikan kepada mereka.
Keluarga Kaki Perempuan Sejak Generasi
Jika dilihat sejarah generasi keluarga pemimpin Korea Utara ini, boleh dikatakan sejak generasi terdahulu lagi pemimpin mereka memang kaki perempuan.
Baik dari generasi datuknya Kim Il Sung, generasi bapanya Kim Jong Il dan kini Kim Jong Un. Tiga generasi ini meneruskan eksploitasi mereka ke atas wanita sebagai hamba seks di negara mereka dengan memasukkan wanita tersebut ke dalam skuad pemuas hawa nafsu secara sah di negara mereka.
Wanita Akan ‘Temuduga’ Sebelum Masuk Skuad
Jang Song Thaek merupakan bapa saudara Kim Jong Un dan abang kepada Kim Jong Il merupakan individu yang menguruskan kemasukan ahli skuad pemuas hawa nafsu di negara mereka. Jang Song Thaek akan ‘menemuduga’ gadis-gadis sunti dengan meniduri mereka sebagai salah satu syarat kemasukan ke dalam skuad.
Parti Liar Skuad Pemuas Hawa Nafsu Kim Jong Un
Dalam cebisan yang disiarkan dalam memoir hasil nukilan Lee Il Nam, iaitu anak saudara Kim Il Sung, ada menceritakan situasi parti liar, minuman keras dan permainan seks lucah di kediaman pemimpin diktator tersebut.
Menurut Lee Il Nam rutin harian parti tersebut adalah makan, minum, menari dan permainan seks. Dan permainan kegemaran pemimpin tersebut adalah menanggalkan pakaian satu persatu baik lelaki mahupun wanita.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga mengenakan hukuman mencukur rambut jika kalah dalam permainan, bagi lelaki mereka akan dibotakkan manakala wanita pula akan mencukur bulu di kemaluan mereka.
Kim Jong Un Sedang Berbulan Madu Bersama 2000 Ahli Skuad
Kini dek penularan wabak maut di seluruh negara, pemimpin Korea Utara seolah-olah lenyap dan hilang tanpa perkhabaran berita. Menurut New York Post, pemimpin diktator ini dikatakan sedang bersembunyi bersama 2000 wanita dari skuad pemuas hawa nafsu miliknya sepanjang penularan Covid-19 di negara pemerintah kuku besi itu.
Meski kewujudan skuad ini melanggar hak asasi manusia tetapi bagi negara pemerintah kuku besi ini, hak tersebut tidak memberi makna apa-apa kerana di Korea Utara segala apa yang pemimpin mereka katakan adalah undang-undang dan hak!