Berita & Isu Semasa

Demi Gelaran Bibir Terbesar Di Dunia, Wanita Bulgaria Suntik 20 Kali

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Demi Gelaran Bibir Terbesar Di Dunia, Wanita Bulgaria Suntik 20 Kali

“Bigger is better?”

Pelik tapi benar, pemilik tahta bibir terbesar di dunia kini milik Andrea Ivanova yang berasal dari negara Belkan, Bulgaria. Wanita berusia 22 tahun ini mempunyai impian untuk mendapatkan bibir yang paling besar di dunia dan dirinya tidak akan berhenti selagi impiannya tidak tercapai.

Pada 28 April 2020, Andrea telah membuat suntikan asid hyaluronik yang ke-20 pada bibirnya, saiz bibir wanita Bulgaria menjadi dua kali ganda saiz kuad bibirnya yang sebelum ini.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista (Saiz bibir Andrea Ivanova yang terkini Mei 2020, besar betul muncungnya)
Foto – Arkib Wanista (Ni pula saiz bibir pada tahun 2019, saiz kuad atau empat kali ganda ni pun bagi Andrea tak cukup besar lagi))

Andrea menjadi taksub untuk membesarkan bibir, pada tahun 2018 Andrea membuat suntikan pertama untuk membesarkan bibirnya dan sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk melakukan suntikan tersebut.

Dan pada bulan Disember 2018, bibir Andrea telah mencapai saiz empat kali ganda dari saiz bibir normal tetapi dirinya  menyatakan itu tidak cukup lagi.

Foto – Arkib Wanista (Cantik dan ayu je wajah asal Andrea (kiri), tapi bila dah buat suntikan bibir (kanan) berubah 360!)

Maka dari tahun 2018 sehinggalah pada April, 2020 Andrea masih membuat suntikan di bibir, meski ada sesetengah doktor kosmetik telah menasihati Andrea bahawa dirinya tidak perlu membuat suntikan pada bibir lagi.

Namun, demi gelaran untuk mendapatkan bibir terbesar di dunia, Andrea sanggup menyuntik bibirnya berkali-kali sehingga dirinya puas.

Menurut wanita Bulgaria ini dirinya telah menghabiskan sebanyak €2,600 atau RM12,242 untuk ke semua perbelanjaan suntikan bibir yang dilakukannya.

View this post on Instagram

💖💖😎😎

IKLAN

A post shared by Andrea Ivanova (@andrea.andrea345) on

Bagi Andrea saiz bibir besar adalah yang terbaik dalam hidupnya dan nampak gaya macam Andrea akan teruskan menyuntik bibirnya sehingga menjadi saiz idaman yang dirinya mahukan. Dengan berpegang pada konsep ‘bigger is better’ dan ‘sayangi bibir’, Andrea akan teruskan misi membesarkan bibir sampai dirinya puas.

Macam-macam manusia ni, terlalu taksub macam ni tak bagus juga.

Rujukan: 1, 2,