Siapa yang pernah menonton filem ‘The Conjuring’ pasti terbayang suasana rumah dalam filem tersebut yang suram rumah sehingga menyebabkan bulu roma meremang. Tetapi bagaimana pula dengan rumah berhantu yang sebenar, adakah rumah tersebut sama seperti digambarkan dalam filem seram ‘The Conjuring’?
Ingin tahu rahsia seram tentang rumah puaka yang diadaptasi dalam filem tersebut, semuanya ada di bawah.
Rumah Ladang Puaka
Rumah ladang di luar kawasan Burrillville di pulau Rhode merupakan rumah puaka yang penuh misteri. Rumah ini didiami oleh keluarga Perron pada tahun 1971, pasangan suami isteri bersama lima orang anak perempuan mereka tinggal di rumah ladang tersebut.
Rumah ladang ini sangat besar dan memiliki 14 buah bilik, tidak lama selepas mereka berpindah ke rumah tersebut berlaku aktiviti paranormal di dalam rumah.
Jam Berhenti Berdetik Tepat Pukul 3.07 Pagi
Ed Warren dan Lorraine Warren menyiasat mengenai aktiviti paranormal di rumah ladang tersebut bersama-sama keluarga Perron. Menurut pasangan Warren apa yang berlaku di dalam filem ‘The Conjuring’ adalah perkara sebenar yang berlaku di dalam rumah ladang tersebut.
Fenomena seperti burung terbang ke tingkap, anjing ditemui mati di belakang rumah selepas tidak mahu masuk ke dalam rumah dan jam berhenti berdetik tepat pada pukul 3.07 pagi merupakan femenoma yang benar-benar berlaku.
Bukan itu saja, Lorrein dan Ed merasai kehadiran ‘semangat jahat’ dalam salah satu bilik rumah ladang tersebut.
Bukan itu saja, Lorrein juga berkongsi setelah diri dan suaminya pulang dari memburu dan kemudian masuk ke dalam rumah, haiwan peliharaan mereka berundur kebelakang seolah-olah ada yang mengikuti pasangan Warren ini pulang.
10 Tahun Di Seksa Syaitan
Siapa sangka rumah yang baru didiami menjadi ‘neraka’ buat mereka. Pada awal aktiviti paranormal ini berlaku ‘semangat jahat’ ini bertindak secara ‘ringan’ terhadap keluarga Parron dan pasangan Warren tetapi lama kelamaan entiti mistik ini mula melakukan keganasan fizikal terhadap penghuni rumah tersebut.
Gangguan ini berlaku selama 10 tahun dan akhirnya pada tahun 1980 keluarga Perron membuat keputusan berpindah meski telah 10 tahun penyiasatan paranormal dijalankan ia seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya.
Rumah ladang tersebut menjadi ‘lubuk’ entiti mistik berkumpul dan ia semakin menjadi-jadi sepanjang keluarga tersebut menetap di dalam rumah ladang tersebut.
Rumah Ladang Menjadi Pusat Penyiasat Paranormal Di Dunia
Kini rumah ladang tersebut dibeli oleh pasangan Cory dan Jennifer Heinzen pada bulan Jun 2019. Rumah puaka ini telah dibuka untuk orang ramai dan menjadi muzium serta sekaligus menjadi pusat penyiasat untuk ahli paranormal menyiasat entiti mistik di rumah ladang tersebut.
Tambahan lagi pasangan Heinzen ini juga telah memasang kamera 360 darjah di keseluruhan dalam dan luar rumah ladang untuk tujuan penyiasatan paranormal.
Kes mengenai paranormal rumah ladang yang menjadi inspirasi bagi filem ‘The Conjuring’ merupakan kes paranormal yang paling sukar untuk diselesaikan. Bayangkan dari tahun 1970 hingga tahun 2020 aktiviti paranormal masih terdapat di rumah ladang tersebut.
Siapa berani kunjung dan buat jelajah di rumah ladang tersebut pada waktu malam pasti akan ‘disapa’ oleh entiti mistik di rumah ladang tersebut.