Hiburan

Perginya Aktor Bollywood, 10 Filem Rishi Kapoor Sebagai Kenangan

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Perginya Aktor Bollywood, 10 Filem Rishi Kapoor Sebagai Kenangan

Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan berita pemergian seorang aktor Bollywood yang berbakat Rishi Kapoor. Masih terbayang wajah dan senyuman manis aktor hebat ini tatkala melihat dirinya berlakon dalam filem. Boleh dikatakan hampir semua filem lakonan dan arahannya sangat popular.

IKLAN

Ini antara sepuluh filem yang hit dan popular Rishi Kapoor tinggalkan untuk kita sebagai kenangan. Jom kita lihat filem-filem hebat aktor lagenda ini.

Bobby (1973)

Berkisarkan tentang seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang benci dengan sikap berlagak ibu bapanya yang kaya raya. Bobby cuba lari dari kehidupan mewah dan temui cinta sejati yang merupakan anak kepada nelayan yang berusia 16 tahun. Mereka berdua menghadapi tentangan dan cabaran dalam hubungan cinta mereka.ย 

Amar Akbar Anthony (1977)

Foto – Arkib Wanista

Filem Amar Akbar Anthony merupakan sebuah filem ikonik lewat 70an, filem berkisarkan tentang tiga adik beradik yang terpisah sejak kecil dan selepas beberapa tahun berlalu mereka bertemu kembali.

Mereka bertiga dibesarkan dengan tiga berlainan latar belakang agama, setelah bertemu semula mereka berazam untuk mencari penjenayah yang menyebabkan keluarga mereka berpisah.

Sargam (1979)

Foto – Arkib Wanista

Sargam merupakan sebuah filem berkisarkan tentang seorang gadis yang pekak dan bisu menjadi penari, kemudian dirinya dilayan dengan teruk oleh ahli keluarganya sendiri lantas dirinya membuat keputusan untuk melarikan diri.

Nasibnya baik kerana berjumpa dengan seorang lelaki yang membantu dirinya mengecapi segala impian dan cita-cita dirinya.

Chandni (1989)

Chandni merupakan sebuah kisah cinta romantik, filem ini berkisarkan tentang Chandni di mana tunang Chandni mengalami kemalangan dan diri menjadi lumpuh.

Sejak itu Chandni terpaksa menjalani kehidupan yang baru, kemudian Chandni jatuh cinta dengan bosnya dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan bosnya tetapi Chandni risau jika tunangnya mula semula dalam hidupnya.ย 

IKLAN

Rishi bergandingan bersama aktress jelita Sri Dewi, Waheeda Rehman dan aktor Vinod Khanna, filem ini antara filem popular sekitar tahun 1989.

Bol Radha Bol (1992)

Foto – Arkib Wanista

Filem penuh konflik dan romantik thriller Bol Radha Bol menampilkan Rishi Kapoor sebagai seorang usahawan yang berjaya dan kemudian melawati sebuah kampung di mana di situ dirinya telah jatuh cinta dengan seorang gadis.

Kemudian dirinya pulang ke rumah dan mendapati seorang lelaki memiliki rupa yang sama ambil alih rumahnya. Dari situ, dirinya mula mencari kebenaran sebenar. Dalam filem ini Rishi bergandingan dengan Juhi Chawla!

Do Dooni Chaar (2010)

Filem yang mengisarkan tentang seorang guru matematik yang berhempas pulas bekerja demi memberi kehidupan yang senang kepada keluarganya meski gajinya tidak seberapa. Filem ini dibintangi Rishi Kapoor bersama isterinya sendiri Neetu Kapoor dan menjadikan mereka berdua pasangan on-screen paling popular.

Agneepath (2012)

Filem Agneepath menampilkan sisi lakonan Rishi Kapoor yang berlainan dari filem sebelumnya. Untuk filem ini Rishi memegang watak sebagai Rauf Lala yang merupakan seorang mafia. Lakonannya sebagai ketua mafia sangat hebat sehingga di label sebagai genius.

D Day (2014)

Dalam filem D Day ini Rishi memegang watak Dawood Ibrahim yang merupakan seorang agen yang penuh dengan semangat patriotik. Banyak babak-babak yang menarik ditampilkan oleh Rishi sebagai seorang agen India.

102 Not Out (2018)

Filem ini mengisarkan tentang hubungan antara anak lelaki yang telah berusia 75 tahun dan bapanya yang berusia 102 tahun yang mempunyai cita-cita untuk memecahkan rekod sebagai manusia dengan jangka hayat yang paling panjang yang di pegang oleh lelaki China. Kisah ini penuh dengan gelak ketawa dan lucu antara dua beranak ini.

Mulk (2018)

Sebuah filem yang menunjukan tentang era di mana agama dipandang rendah, filem Mulk memaparkan bagai sebuah keluarga Muslim berusaha untuk membuktikan diri mereka tidak bersalah dan bukan pengkhianat negara. Kisah penuh konflik yang disusun dengan baik sememangnya antara filem Rishi Kapoor yang wajib di tonton.

Sebenarnya banyak lagi filem-filem lakonan aktor Rishi Kapoor yang hangat dan popular, ini adalah yang popular dan sering menjadi tontonan semula peminat aktor Bollywood ini.

Kini aktor hebat ini telah pergi untuk selama-lamanya, hanya karya unggulnya saja dapat kita lihat sebagai kenangan terhadap pelakon dan pengarah hebat ini.

#RIP #RishiKapoor #BollywoodAktor