Neelofa, satu nama yang cukup kuat di Malaysia.
Dia bukan selebriti yang biasa-biasa tapi diangkat sebagai ikon untuk generasi masa kini. Baru-baru ini, namanya trending lagi selepas satu Malaysia kecoh dengan video “Neelofa Room Tour” yang dikongsi oleh Youtube Rosix & Bella.
Rata-rata netizen terkejut melihat kebesaran dan kemewahan bilik Neelofa yang dipenuhi dengan pelbagai barangan. Bayangkan dari skincare, rangkaian pelbagai mekap, suplemen, koleksi buku, item fesyen seperti kaca mata hitam, beg tangan, tali pinggang, kasut, sehingga ke pakaian dan aksesori, malah banyak lagi dipertontonkan.
Menurut Rosix, setiap barang milik Neelofa mempunyai sentimental value yang tersendiri yang dipakai untuk majlis-majlis tertentu. Alahai bertuah betul!
Jom kita tengok…
Rak Suplemen
Antara Koleksi Buku Kegemaran
Mekap
Sudut Kaca Mata
Ruang Beg Tangan Idaman Kalbu
Sebahagian Kasut Tumit Tinggi
Rutin Skincare
Hebatkan… Penulis nak kongsi sikit, di bilik mandi Neelofa mempunyai berus gigi yang berbeza untuk fungsi setiap gigi. Contohnya plak lain, membersihkan lidah lain, yang memberus lain dan macam-macam. Korang kena tonton video, dan tengok sendiri. Fun sangat!
Itu semua titik peluh Neelofa bekerja keras selama ini. Memang idola sangat!