Fesyen

5 Selebriti Popular Keluar Koleksi Tudung Raya 2020 Paling Cantik!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
5 Selebriti Popular Keluar Koleksi Tudung Raya 2020 Paling Cantik!

Masuk je bulan ramadhan pasti ramai yang sibuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Rata-rata kaum wanita sibuk mencari baju raya, tudung raya, kasut raya, juadah raya dan sebagainya.

IKLAN

Bercakap pasal persiapan raya ni, tudung merupakan item kedua penting selepas baju raya almaklum dah siap beli baju raya kenalah beli tudung raya pula, betul tak? Hah, bagi yang dah penat cari tudung raya tapi tak jumpa yang berkenan, kamu boleh tengok tudung-tudung raya yang selebriti popular ni jual!

#1 Neelofa – Neelofar

Memboloti carta nombor satu pastinya jenama tudung Neelofar milik Neelofa. Koleksi tudung raya 2020 tahun ini sangat menawan dengan corak flora. Malah penggunaan warna-warna lembut pasti akan mencuri tumpuan kamu bagi yang ingin mencari tudung dengan rona warna lembut dan elegan.

Foto – Arkib Wanista

#2 Siti Sarah – Loveta Scarves

Hah, koleksi tudung raya dari Loveta Scarve milik Siti Sarah ni memang laku keras! Bukan saja material kainnya ringan, malah ia juga mudah di bentuk dan cantik terletak mengikut bentuk muka si pemakai. Tudung raya yang dijual oleh Siti Sarah ni hadir dengan pelbagai rona warna yang menarik hati, serius tak rugi beli.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

#3 Nora Danish – OWL

Siapa tak kenal dengan wanita jelita dan pelakon popular Nora Danish, tahun ni apa kata kamu lihat pula koleksi tudung dari jenama OWL milik Nora Danish ni. Bukan saja rona warnanya sedap mata memandang, malah coraknya juga sangat cantik. Siapa yang nak beli boleh dapatkan menerusi Shopee.

Foto – Arkib Wanista

#4 Yana Samsudin – Ayana

Pelakon dan usahawan wanita berjaya iaitu Yana Samsudin sangat terkenal dengan koleksi tudungnya di bawah jenama Ayana miliknya sendiri.

Selebriti terkenal ni menghasilkan rekaan dan corak tudung yang pastinya kena dengan citarasa wanita moden di Malaysia. Jom apa tunggu lagi, serbu instagram Ayana Hijab untuk cari koleksi tudung raya sekarang.

Foto – Arkib Wanista

#5 Hanis Zalikha – Cakenis

Last but not least adalah pelakon, merangkap model dan juga usahawan wanita berkaliber adalah Hanis Zalikha. Yup, siapa tak kenal jenama Cakenis milik Hanis yang mengeluarkan rangkaian tudung dan selendang cantik dan menawan.

Malah rona warna yang dikeluarkan juga mengikut citarasa wanita, bagi yang dah tak ada idea nak cari tudung untuk raya tahun ni, boleh cuba tengok koleksi tudung di Cakenis ni. Gerenti tak mengecewakan.

Foto – Arkib Wanista

Jom cari tudung raya jenama selebriti kegemaran, memang cantik-cantik rekaan tudung yang selebriti popular kita tawarkan untuk kita semua.ย 

Selamat membeli-belahโ™ฅ