Makanan

KFC Nasi Kari Atuk Confirm Buat Korang Terliur Ramadan Ni

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
KFC Nasi Kari Atuk Confirm Buat Korang Terliur Ramadan Ni

Ramadan ini KFC melancarkan produk makanan terbaru iaitu ‘Nasi Kari Atuk’ menu baharu ini menampil set nasi Colonel, ayam goreng KFC (spricy atau original), sambal dan juga kuah kari atuk. Menu Nasi Kari Atuk ini akan mula dijual pada hari ini 30 April 2020.

IKLAN

Kari Atuk Istimewa Ramadan

Kari Atuk merupakan kuah kari yang disediakan dengan menggunakan rempah-ratus kari tradisional dan kuah ini juga dicampurkan dengan ubi kentang untuk penambah rasa dan tekstur.

Sudah namanya kari, pastinya penggunaan santan adalah bahan wajib dengan campuran santan ia menghasilkan rasa kari yang berlemak dan enak.

Set Kombo Nasi Kari Atuk KFC Terbaik

Nasi Kari Atuk KFC ini dihidangkan menggunakan bekas beralaskan daun pisang dan ia hadir dengan set kombo 2 ketul ayam goreng, set kombo 3 ketul ayam goreng dan juga set kombo box meal.

Foto – Set Nasi Kari Atuk 3 Ketul Ayam Goreng
Foto – Set Nasi Kari Atuk 2 Ketul Ayam Goreng
Foto – Set Kari Atuk Box Meal

Harga set kombo ini bermula dengan harga RM16.30 dan bagi yang ingin mendapatkan set ini boleh mendapatkan menerusi perkhidmatan bawa pulang, pandu laju dan penghantaran bermula hari ini, 30 April 2020 dan sehingga stok masih ada.

Perhatian: KFC menerima pesanan terakhir pada jam 7 malam sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan dan peraturan juga mungkin berbeza mengikut kawasan masing-masing.

Jom jangan ketinggalan dapatkan Nasi Kari Atuk menerusi laman sesawang KFC [SINI] atau muat turun aplikasi KFC Malaysia atau boleh terus pesan makanan melalui Foodpanda.