Resepi

Resepi Kimchi Jjigae Stail Melayu Senang & Lazat

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Resepi Kimchi Jjigae Stail Melayu Senang & Lazat

Korang minat makan makanan Korea, terutama kimchi jjigae? Hah, penulis ada resepi terbaik untuk dikongsikan bersama korang semua. Bukan saja cara masaknya mudah malah bahan-bahannya juga ringkas dan tak sukar untuk di cari.

IKLAN

Yang memang kaki makanan Korea wajib cuba resepi kimchi jjigae sebab memang lain dari yang lain, tak percaya kena cuba!

Bahan wajib ada untuk masak Kimchi Jjigae. Foto – Arkib Wanista

Bahan-bahan

  • 1 pek kimchi (potong-potong)
  • 4 sudu makan Gochujang
  • 2 ketul dada ayam (potong dadu atau hiris secara lebar)
  • 2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu garam
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 biji bawang Holland (hiris besar-besar)
  • 7 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 2 batang daun bawang (satu batang daun bawang potong serong dan satu lagi potong kecil-kecil)

Cara masak beras Jepun

  • Masukkan satu cawan beras Jepun ke dalam periuk nasi.
  • Bilas beras Jepun sehingga bersih.
  • Kemudian masukkan satu cawan air dan tanak nasi sehingga masak.
Jenama beras Jepun yang digunakan. Foto – Shopee

Cara masak kimchi jjigae

  • Mula-mula masukkan minyak masak ke dalam periuk kemudian tumis bawang putih sehingga kuning keemasan. 
  • Selepas itu masukan pes gochujang dan ayam ke dalam periuk, gaul rata.
  • Kemudian masukkan kimchi, bawang holland, daun bawang yang dipotong serong, masukkan air (sukatan air ikut citarasa), minyak bijan, gula, garam, serbuk cili dan kiub pati ikan bilis ke dalam masakan.
  • Gaul bahan-bahan sehingga sebati dan kemudian ambil penutup periuk dan tutup periuk. Biarkan masakan masak sendiri dengan api sederhana perlahan.
  • Masakan dah empuk dan masak, tutup api dapur.
  • Hidangkan kimchi jjigae ke dalam mangkuk bersama daun bawang.
  • Jangan lupa nasi Jepun kita, hidangkan sekali bersama-sama kimchi jjigae.

So, lepas ni korang boleh la cuba masak resepi kimchi jjigae ni di rumah untuk berbuka. Bukan saja bahan-bahannya mudah dan ringkas, malah cara masaknya juga sangat cepat.